Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[graf] | ݢرف

Definisi : 1. rajah yg terdiri drpd beberapa garis, titik, dsb utk memaparkan saling hubungan antara dua nilai atau lebih yg berubah-ubah; 2. (Lin) simbol visual, terutamanya satu atau beberapa huruf, yg mewakili satu unit bunyi atau ciri ujaran yg lain; menggrafkan menggambarkan dgn graf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[graf] | ݢرف

Definisi : rajah yg terdiri drpd garis-garis utk menunjukkan pertalian antara dua nilai yg berubah-ubah. ~ turus graf yg terdiri drpd jalur atau palang yg menegak atau mendatar dan panjangnya berkadar dgn kuantitinya. menggrafkan merajahkan pertalian sesuatu nilai yg berubah-ubah dlm bentuk graf; menggambarkan sesuatu dlm bentuk graf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata graf


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hysteresis loopgelung histeresisNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanGraf yang menunjukkan ketumpatan medan magnet pada perubahan daya pemagnetan yang sama melalui satu litar bekalan arus ulang-alik. Gelung histerisis membolehkan kadar magnet baki dan tahap ketepuan magnet diketahui. Graf ini diwakili oleh paksi ketumpatan fluks (B) lawan paksi daya pemagnetan (H).
maximum torquekilasan maksimumKejuruteraan AutomotifEnjinDaya putaran maksimum yang dijana oleh enjin pada pemasaan pencucuhan yang optimum. Kilasan ini diukur menggunakan dinamometer yang menghasilkan graf kilasan-kelajuan. Dengan menggunakan graf ini, nilai maksimum diambil sebagai kilasan bersih dan kelajuan yang menghasilkan nilai ini direkod.
distribution graphgraf taburanHidrologiTiadaHidrograf unit yang diubahsuaikan untuk menunjukkan bahagian isi padu larian yang terjadi pada unit masa yang berturutan.
China graph pencilpensel graf CinaKomunikasiTiadaTiada
autogenous cancellous bone graftgraf tulang kanselus autogenusVeterinarTiadaTiada
bone graft membranemembran graf tulangPergigianTiada-
isobathisobatSains MarinTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan.
loudness-growth functionfungi pertumbuhan lantangSains KesihatanTiadaGraf yang menunjukkan korelasi kekuatan bunyi dengan pertambahan keamatan bunyi.
reticulationpenyeliratanBioinformatikBioinformatik MolekulRangkaian filogeni yang menggunakan graf untuk menggambarkan hubungan evolusi antara jujukan nukleotida, gen, kromosom, genom, atau spesies selepas berlakunya proses hibridisasi, pemindahan gen melintang, pemindahan gen mengufuk, penggabungan semula, penduaan atau kehilangan gen.
infographicinfografikTeknologi Maklumate-PembelajaranPersembahan maklumat atau data dalam bentuk visual yang mengandungi unsur graf, carta, imej atau gabungannya bagi memudahkan kefahaman dengan sekali pandang. Infografik biasanya dipaparkan pada medium bercetak atau elektronik.
12

Kembali ke atas