Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.po.té.sis] | هيڤوتيسيس

Definisi : (hipotésis) sesuatu pendapat yg di­ang­gap benar sbg alasan walaupun kebe­nar­annya masih belum dibuktikan; menghipotesiskan membuat atau meng­anggap sesuatu sbg hipotesis: kaitan keadaan dgn orientasi atas dasar yg dihipotesiskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.po.té.sis] | هيڤوتيسيس

Definisi : /hipotésis/ sesuatu pendapat yg dipercayai benar tetapi belum dibuktikan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hipotesis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan andaian, anggapan, usul, kenyataan, tesis, teori, kesimpulan, tekaan, terkaan, tebakan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
guidance hypothesishipotesis panduanSains SukanBiomekanikRamalan yang menyatakan bahawa maklum balas luaran yang terlalu banyak diterima semasa menjalani latihan boleh menjejaskan proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Keadaan ini berlaku kerana situasi ini mengakibatkan pelatih terlalu bergantung pada maklum balas luaran yang menyebabkan kemahiran analisis kendiri tidak berkembang. Lihat juga kemahiran motor.
gradualismperubahan beransurBioinformatikBioinformatik MolekulHipotesis, teori dan rukun yang mengandaikan bahawa perubahan yang berlaku dalam keadaan semula jadi adalah secara beransur-ansur dan mengambil masa.
nominal diametergaris pusat namaanGeologiTiadaGaris pusat yang dikira bagi suatu sfera hipotesis yang mempunyai isi padu yang sama dengan isi padu yang dikira bagi suatu zarah endapan tertentu.
science fictionfiksyen sainsKesusasteraanTiadaFiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains.
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTeori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik.

Kembali ke atas