chalk rendering | pelukisan realistik kapur; lukisan realistik kapur | Kesenian | Tiada | 1. Pelukisan realistik kapur: Membuat lukisan realistik dengan menggunakan kapur.,2. Lukisan realistik kapur Lukisan realistik yang menggunakan kapur. |
kapur | kapur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Dryobalanopsspp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung keladan, dan di Sarawak ialah kelansau. Spesies utama kayu kapur termasuk Dryobalanos aromatica, D. beccarii, D. lanceolata, dan D. rappa. Gubal kayu kapur berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 576 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras sederhana. Kayu ini kuat, mudah diproses dan dikeringkan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu kapur digunakan untuk kerja binaan berat, tiang, rasuk, lantai kegunaan lasak, alas landasan kereta api, dan papan lapis. |
limestone | batu kapur | Kimia | Tiada | Batuan endapan yang mengandungi lebih daripada 95% kalsium karbonat, dan lazimnya terdapat dalam bentuk kalsit. Kebanyakan batu kapur terbentuk daripada rangka berkapur organisma yang reput. Batu kapur digunakan untuk penghasilan kapur tohor, kapur mati, dan simen. |
hydraulic lime | kapur hidraul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kapur yang dihasilkan daripada batu kapur yang juga mengandungi jirim agrillaceous yang apabila dibakar akan bergabung dengan sebahagian daripada kapur bagi membentuk perekat yang boleh mengeset di dalam air. |
calcium carbonate | kalsium karbonat | Geologi | Tiada | Serbuk berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur, dan kalsit. Kebanyakannya tidak larut di dalam air: CaCO3. |
calcium carbonate | kalsium karbonat | Kimia | Tiada | Serbuk berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur, dan kalsit. Kebanyakannya tidak larut di dalam air: CaCO3. |
detrital limestone | batu kapur gersik | Geologi | Tiada | Batu kapur yang terbentuk daripada puing batu kapur yang lebih tua. |
cement rock | batuan simen | Geologi | Tiada | Batu kapur lempungan yang mengandungi kapur, silika, dan alumina, serta magnesia; digunakan dalam pembuatan simen hidraulik asli. |
Comanchean | usia Comanche | Geologi | Tiada | Siri wilayah Amerika Utara: usia Kapur Bawah dan Kapur Atas. |
calcium hydroksida | kalsium hidrosida | Kimia | Tiada | Sebatian tak organik, formula Ca(OH)2, wujud dalam bentuk serbuk berhablur, berwarna putih, lembut, larut sedikit di dalam air (dikenali sebagai air kapur), larut di dalam glisserol dan asid, tetapi tidak larut di dalam alkohol, dan menyerap gas karbon dioksida daripada udara untuk membentuk mendakan kalsium karbonat. Kalsium hidroksida disediakan dengan melarutkan kalsium oksida di dalam air. Sebatian ini digunakan untuk membuat mortar, simen dan turap. Sebatian ini umumnya dikenali sebagai kapur, kapur mati, atau kapur kaustik. |