Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
woordopnameulang kata akhirKesusasteraanTiadaTiada
chanteynyanyian pelautKesusasteraanPuisiPuisi yang dinyanyikan oleh pelaut dan nelayan dalam bentuk korus. Lazimnya kata-kata yang terkandung dalam puisi yang dinyanyikan itu diulang-ulang sebutannya.
refrainbaris ulangKesusasteraanTiadaRangkaian kata atau baris yang diulang kembali pada jarak tertentu dalam sesebuah karya sajak selalunya pada rangkap atau bait terakhir.
repetendbaris ulang ragamKesusasteraanTiadaUnsur ulangan pada perkataan, rangkai kata atau ayat kecil yang berlaku dalam puisi. Contohnya sajak karya Kemala, "Kaktus-kaktus" (Kaktus-kaktus, 1976, hlm. 22): ada nama ada nama di mata pawana ada mata ada mata di dada suasana ada dada ada dada mega-mega ada nama ada mata ada dada.
refrainulang barisKesusasteraanTiadaBaris, sekumpulan baris atau frasa yang membentuk rangkai kata yang terdiri daripada satu baris atau lebih yang berulang pada hujung rangkap.
polysyndetonulang sendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berurutan dengan menggunakan kata hubung. Contohnya, puisi yang kerap menggunakan polisindeton ini ialah "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar. Sinonim polisindeton. aku ingin menyelami dasar batinmu yang tenang dan gelisah aku ingin merasai jalan fikirnn dan tindakan akal urat nadi dan salur darahmu aku ingin menyusuri sejarahmu yang panjang dan bercabang.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPemakaian kata, tanpa menjelaskan maksud dan berulang-ulang.
hometic epithetepitet homeritKesusasteraanTiadaKata sifat yang dinyatakan berulang-ulang yang muncul dalam epik Homer. Pernyataan tersebut mungkin terhasil daripada kaedah penciptaan yang memerlukan penghafalan dan penyampaian spontan atau tipikal untuk sastera lisan. Apabila epitet digunakan berulang kali, epitet itu disebut epitet kodi. Contoh epitet homerik ditemui dalam karya �The Wine-dark Sea�, �Rosy-fingered Dawn�, �Flat-foot Achilles�. Epitet homerik dikenali juga sebagai julukan homerik.
fa-la-lafa-laMuzikTiada

 Muzik vokal popular di England dan di ltali pada Zaman Pembaharuan. Muzik vokal ini mengandungi satu rangkap baris ulang yang dinyanyikan dengan suku kata fa-la. Contohnya, O Care, thou wilt despatch me oleh Thomas Weelkes (1575-1623). Lihat juga balata, madrigal.


Kembali ke atas