death claim | tuntutan kematian | insurans | Tiada | Tuntutan kerugian berikutan kematian insured seperti yang terkandung di dalam kontrak insurans. |
annual death rate | kadar kematian tahunan | insurans | Tiada | Kadar kematian untuk satu-satu tahun tertentu. |
culpable homicide | pematian salah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan atau membiarkan seseorang yang sakit atau cedera tanpa rawatan yang menyalahi undang-undang, yang menyebabkan kematian dengan niat atau menyebabkan kecederaan yang memungkinkan kematian dengan niat, atau dengan pengetahuan bahawa tindakannya akan menyebabkan kematian. |
automobile death disability coverage | perlindungan kematian dan hilang upaya automobil | insurans | Tiada | Di bawah polisi liabiliti automobil penumpang persendirian, satu premium tambahan diperlukan untuk endorsemen ini yang membayar jumlah telah ditetapkan untuk kecederaan atau kematian akibat kemalangan. |
last survivor term assurance | insurans hayat sementara pemandiri terakhir | insurans | Tiada | Amaun diinsuranskan yang dibayar semasa kematian pemandiri terakhir daripada beberapa hayat yang diinsuranskan jika kematian tersebut berlaku dalam tempoh polisi. |
last survivor endowment assurance | insurans endowmen pemandiri terakhir | insurans | Tiada | Amaun diinsuranskan yang dibayar pada tarikh matang atau semasa kematian pemandiri terakhir daripada beberapa hayat yang diinsuranskan, jika kematian tersebut berlaku sebelum tarikh matang polisi. |
dirge | Iagu ratap | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengungkapkan rasa sedih atau duka terutama yang berhubung d ngan peristiwa kematian orang kenamaan. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" karya Usman Awang di bawah. Kematian! Kemafom dari suatu kehidupan yang mulia yang telah ditinggalkan, jadilah ia ukiran kenangan bahawa di tanah ini seorang daripada lelaki berani yang berdiri menjunjung keyakinan, dan berkata Islam tidak pernah takut kepada apa saja laksana dirinya dalam cahaya kebenaran yang dipeluknya. |
fatal child abuse | penderaan kanak-kanak maut | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penderaan secara fizikal, psikologi dan seksual terhadap kanak-kanak yang mengakibatkan kematian kanak-kanak tersebut. Pada asalnya, tindakan pelaku bertujuan untuk menyebabkan kecederaan tetapi tindakan tersebut akhirnya menyebabkan kematian kepada mangsa. |
partnership insurance | insurans perkongsian | insurans | Tiada | Insurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya. |
return of cash value | pemulangan wang tunai | insurans | Tiada | Peruntukan atau rider dalaman polisi insurans hayat yang menyatakan sekiranya berlaku kematian dalam satu tempoh (biasanya 20 tahun) polisi berkenaan akan membayar sesuatu jumlah, sebagai tambahan kepada nilai muka, yang bersamaan dengan nilai polisi pada tarikh kematian. |