Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ran.da] | کرندا

Definisi : peti utk menguburkan mayat, larung, long. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ran.da] | کرندا

Definisi : peti usungan mayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keranda (kata nama)
Bersinonim dengan larung, tabela, long, peti mayat, peti jenazah.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
navicular bonetulang navikularVeterinarPraklinikalTulang berbentuk baji yang terletak di posterior sendi keranda kuda. Tulang navikular bertindak sebagai takal yang boleh mengubah tarikan tendon fleksor digit dalam ke arah tulang keranda. Tulang ini dikenali juga sebagai tulang sesamoid distal.
coffin plateplat kerandaKejuruteraanTiadaTiada
coffin jointsendi kerandaVeterinarTiadaTiada
boat-shaped coffinkeranda bentuk perahuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKuburan yang melibatkan penggunaan perahu dan dikenali juga sebagai perkuburan sekunder. Tulang atau mayat manusia yang telah mati akan diambil dan diletakkan di dalam perahu. Tapak utama ialah di Gua Kain Hitam, Niah (Sarawak). Upacara ini dipercayai turut diiringi dengan tarian kerana terdapat kesan bahagian lantai yang rata. Turut ditemui ialah bekal pengebumian seperti manik kaca, tembikar batu China, kepingan gangsa, tulang berukir, dwimuncung dan tembikar buatan tempatan. Pengebumian ini dilakukan sekitar 1000 tahun dahulu.
sarcophagussarkofagusKesenianTiadaKeranda atau makam yang dibuat daripada batu atau tanah merah.
laminar coriumkorium laminaVeterinarPraklinikalLapisan antara permukaan tulang keranda dengan dinding telapuk. Korium lamina terbahagi kepada lamina peka dan lamina tidak peka. Struktur ini teguh dan berupaya menampung berat badan. Korium lamina juga berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada telapuk.
cist (grave)batu kepingan (kubur)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKepingan batu granit yang disusun bersandaran antara satu sama lain seperti bentuk keranda. Heine-Geildern berpendapat amalan ini merupakan peninggalan Zaman Megalitik yang berkembang sekitar 1000-1500 M. Tinggalan kubur batu kepingan (kubur) ditemui di sekitar Lembah Bernam (Selangor), Slim River, Sungkai, Tanjung Rambutan, Batang Padang dan Changkat Menteri (Perak) manakala di Indonesia, kubur batu keping yang mempunyai pasak antara satu kepingan dengan kepingan yang lainnya telah ditemui di Gunung Kidul, Jawa Timur. Contoh artifak yang ditemui dalam kubur batu kepingan ialah manik kaca, tembikar dan logam.
secondary burialpengebumian sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAmalan yang dipraktikkan oleh masyarakat lampau dengan meletakkan mayat di suatu tempat atau ditanam sehingga reput. Kemudian, tulang-tulang dan tengkorak mayat tersebut dikumpulkan untuk dikebumikan semula di kubur lain, ditempatkan di dalam tempayan atau keranda khas. Upacara ritual juga diadakan semasa pengebumian sekunder dijalankan. Contohnya, pengebumian sekunder yang dipraktikkan oleh masyarakat Iban suatu ketika dahulu, iaitu tulang-tulang mayat disimpan di dalam tempayan dan ditempatkan pada kelereng.
occasional poemspuisi peristiwaKesusasteraanTiadaPuisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf.
occasional versesajak peristiwaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa sesuatu isu, pemikiran dan tema berdasarkan sesuatu peristiwa yang mempunyai erti dan makna tertentu bukan sahaja kepada penyairnya malah juga kepada seluruh masyarakat. Umpamanya peristiwa yang berhubung dengan Akta Bahasa, lahirlah beberapa buah puisi yang terkumpul dalam antologi puisi "Keranda 152" dan puisi "Kambing Hham" yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969, karya Usman Awang.
12

Kembali ke atas