opposition party | parti pembangkang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia. |