[kon.tan] | کونتن
Definisi : IB 1. tidak bertangguh (bkn bayaran), tunai: tuan-tuan toko telah percaya utk memberikan barang-barang kepadanya utk dijual walaupun dgn bayaran yg tidak ~; membayar ~ membayar tunai; 2. bp dgn serta-merta, segera (menjawab dll); ~ keras pd saat itu juga (dijawab, dibalas, dsb); kontan-kontanan bp pd ketika itu juga; mengontan 1. membayar tunai; 2. bp menjawab (membalas dll) dgn segera (tidak bertangguh-tangguh atau berfikir-fikir dahulu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kon.tan] | کونتن
Definisi : tidak bertangguh (bkn bayaran); tunai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)