second degree murder | pembunuhan tahap kedua | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan yang dilakukan dengan sengaja tetapi tidak dirancang dan hanya berniat untuk menyebabkan kecederaan tubuh sehingga menyebabkan kematian. |
culpable homicide | pematian salah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan atau membiarkan seseorang yang sakit atau cedera tanpa rawatan yang menyalahi undang-undang, yang menyebabkan kematian dengan niat atau menyebabkan kecederaan yang memungkinkan kematian dengan niat, atau dengan pengetahuan bahawa tindakannya akan menyebabkan kematian. |
euphoriant | agen euforia | Herba | Pemiawaian | Agen yang menyebabkan keriangan yang berlebihan. Contohnya, mitraginin dalam ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa) boleh menyebabkan euforia sekiranya diambil secara berlebihan. |
cholera | kolera | Herba | Fitoterapi | Sejenis jangkitan bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan penyahhidratan. Kolera boleh menyebabkan kematian. |
blistering agent | agen pelepuh | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang menyebabkan kesakitan atau kerengsaan pada kulit, mata dan mukosa. Bahan tersebut boleh menyebabkan luka melepuh. Contohnya, getah yang keluar dari daun gajus (Anacardium occidentale) yang bertindak sebagai agen pelepuh. |
hypothermia | hipotermia | Herba | Fitoterapi | Keadaan suhu badan rendah yang tidak normal hingga menyebabkan penurunan kadar metabolisme ke tahap berbahaya dan boleh menyebabkan kematian; sering terjadi dalam kesejukan melampau. |
epigenome | epigenom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Perubahan kimia pada DNA organisma tanpa melibatkan perubahan bes tetapi menyebabkan struktur kromatin berubah. Perubahan ini menyebabkan fungsi tertentu pada genom berubah. Epigenom boleh diturunkan kepada generasi seterusnya. |
ulcer | ulser | Herba | Pemiawaian | Kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang menyebabkan luka atau inflamasi seperti ulser mulut atau ulser usus. Contoh herba yang boleh menyebabkan ulser mulut ialah getah daun atau pucuk gajus (Anacardium occidentale). |
vapour lock | sekat wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap. |
self-quenching | penswalindapan | Kimia | Kimia Analisis | Proses yang terhasil apabila molekul teruja berlanggar sama sendiri menyebabkan pemindahan tenaga tanpa berlaku sinaran. Kesan daripada proses ini menyebabkan penyimpangan negatif daripada kelinearan pada kepekatan tinggi. |