air bleed jet | jet penjujuh udara | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Aliran pancutan yang keluar dari penjujuh udara. Lihat juga penjujuh udara. |
piston cooling jet | jet pendinginan omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lubang kecil untuk pancutan minyak enjin bagi mendinginkan omboh. |
landscape construction | binaan landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Elemen-elemen landskap seperti tembok, pagar, wakaf, empangan kecil atau pancutan air. |
puberty | puberti | Veterinar | Tiada | Masa apabila haiwan mula membebaskan sel germa matang yang menandakan organ pembiakan mula berfungsi. Puberti berlaku pada haiwan jantan apabila pancutan semen yang mengandungi sperma mencukupi untuk membuntingkan haiwan betina. Pada haiwan betina pula, permulaan puberti terjadi apabila berlakunya estrus pertama dan diiringi oleh pengovulan. Faktor yang mempengaruhi permulaan puberti termasuk iklim, aras pemakanan, pewarisan dan pembebasan hormon seperti gonadotrofin yang mencukupi. |
throttle-position sensor | penderia kedudukan pendikit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang mengukur bukaan dan kedudukan injap pendikit dan menghantar maklumat kepada komputer yang mengawal pancutan bahan api. Singkatan TPS. |
sprinkler leakage insurance | insurans kebocoran perenjis | insurans | Tiada | Insurans yang memberikan perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh air mengalir secara tidak sengaja daripada perenjis atau yang disebabkan oleh kebocoran perenjis. Insurans ini tidak melindungi kerosakan akibat pancutan perenjis disebabkan oleh haba kebakaran. |