Fraunhofer diffraction | pembelauan Fraunhofer | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sejenis pembelauan yang berlaku apabila nombor Fresnel kurang daripada satu. Nombor Fresnel ialah parameter yang menentukan kawasan kesan pembelauan. Perbezaan antara belauan Fraunhofer dan Bragg seperti dalam rajah. Sudut sinar jatuhan Fraunhofer selari dengan kedudukan sampel, manakala belauan Bragg sudut sinar jatuhan tidak selari. |
diffraction X-ray | pembelauan sinar-X | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis spektroskopi yang melibatkan pembelauan atau penyerakan sinar-X oleh atom atau kekisi suatu bahan ketika sinaran itu melaluinya. Pembelauan ini menghasilkan satu spektrum yang menggambarkan struktur hablur molekulnya dan memberi maklumat tentang sama ada bahan-bahan itu bersifat hablur atau amorfus. |
reflection high energy electron diffraction (RHEED) | pantulan pembelauan elektron tenaga tinggi (REED) | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk mendapatkan maklumat struktur permukaan suatu bahan menggunakan kesan pantulan daripada pembelauan elektron tenaga tinggi. Dalam kaedah ini, alur elektron dituju kepada sampel pada sudut yang menghampiri sudut imbasan supaya elektron bergerak di sekitar permukaan dan tidak bergerak jauh ke dalam sampel. Teknik ini sensitif kepada struktur permukaan dan hasil corak pembelauan dipaparkan pada skrin yang bersalut fosfor. |
electron diffraction pattern | corak pembelauan elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Corak yang terhasil menggambarkan ciri bahan tersebut. Corak ini terbentuk melalui tindak balas antara elektron dan bahan yang mempunyai sifat hablur. |
low energy electron diffraction (LEED) | pembelauan elektron tenaga rendah (LEED) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menentukan struktur permukaan bahan berhablur tunggal melalui pembedilan alur kolimat (alur cahaya selari) elektron tenaga rendah. |
wide-angle X-ray diffraction (WXRD) | pembelauan sinar-X sudut lebar (WXRD) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk pencirian struktur, saiz dan orientasi bahan hablur. |
Fresnel equation | persamaan Fresnel | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Persamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran |