Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : 1 apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2 orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengganti

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Bermaksud :

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heir-designatepengganti raja/pengganti pemimpinSains PolitikTiadaTiada
heir-designatepengganti raja/pengganti pemimpinSejarahTiadaTiada
heir-designatepengganti pemimpin/pengganti rajaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
successors in title1. pengganti hakmilik 2. pengganti jawatanUndang-undangTiada1. Orang yang mengambil alih sesuatu hakmilik. 2. Orang yang mengambil alih sesuatu jawatan.
fat substitute/fat replacerpengganti lemakMakanan dan PemakananMakananSejenis bahan makanan yang mempunyai fungsi, kestabilan, fizikal dan ciri kimia yang sama dengan lemak, tetapi menyumbangkan kalori per gram yang lebih rendah berbanding dengan lemak. Pengganti lemak digunakan dalam penghasilan makanan yang rendah lemak dan kalori. Pengganti lemak boleh berasaskan protein (protein mikropartikel), karbohidrat (selulosa) dan lemak (pengemulsi).
stand-bypenggantiTeknikElektrikKelengkapan yang menjadi simpanan dan bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan. Misalnya, bateri sekunder yang merupakan bekalan elektrik pengganti di waktu berlaku gangguan bekalan elektrik, biasanya digunakan di hospital.
substitute goodsbarang penggantiEkonomiTiadaBarang yang boleh diganti dengan barang lain berdasarkan fungsi barang itu kepada pengguna. Misalnya, teh dan kopi adalah dua barang pengganti yang boleh saling tukar dari segi fungsi penggunaannya, iaitu untuk minuman. Permintaan terhadap sesuatu barang akan bertambah jika harga barang penggantinya meningkat kerana pengguna yang rasional akan mengalihkan penggunaannya daripada barang yang mahal harganya kepada barang yang murah harganya. Barang ini mempunyai keanjalan silang yang positif.
blood substitutepengganti darahPerubatanFarmakologi

Bahan sintetik yang digunakan untuk menggantikan komponen darah seperti plasma, sel darah merah dan faktor pembekuan tertentu untuk merawat pesakit. Kegunaan bahan pengganti darah berbeza mengikut komponen darah tersebut. Contohnya, cecair koloid menggantikan plasma untuk meningkatkan isi padu intravaskular manakala Desmopressin Acetate menggantikan Faktor VIII dalam penyakit hemofilia A yang ringan.

alternative hostperumah penggantiBiologiPatologiPerumah yang boleh juga dijangkiti oleh sesuatu patogen atau vektor semasa ketiadaan perumah utamanya. Keadaan ini biasanya berlaku pada patogen yang mempunyai banyak perumah. Rumpai biasanya menjadi perumah pengganti kepada banyak jenis patogen atau vektor.
standbypenggantiKejuruteraanTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas