bunsen burner | penunu bunsen | Kimia | Tiada | Penunu makmal yang bahan bakarnya merupakan campuran gas bahan api dan udara. Penunu ini terdiri daripada tiub logam dengan injap udara yang dapat diubah-ubah. |
premixed burner | penunu pracampur | Kimia | Kimia Analisis | Sistem penunu yang titisan sampelnya bercampur terlebih dahulu dengan gas pengoksida sebelum ia dibawa ke dalam nyalaan. Penunu ini biasanya digunakan dalam spektroskopi penyerapan atom. Gas pengoksida yang digunakan termasuklah oksigen dan nitrus oksida. |
long path burner | penunu panjang laluan | Kimia | Kimia Analisis | Penunu yang menghasilkan nyalaan melebar ke atas arah bersudut tepat dengan arah gerakan gas nyalaan. Penunu ini digunakan untuk mendapatkan penyerapan yang lebih tinggi. |
bunsen burner | penunu bunsen | Perubatan | Tiada | Penunu gas yang gasnya dicampurkan dengan udara didalam tiub berlubang sebelum dinyalakan, untuk membenarkan kebakaran gas yang lebih sempurna. |
circular burner | penunu bulat | Kimia | Tiada | Penunu bahan api yang mempunyai bukaan bulat. |
catalytic incinerator | penunu bermangkin | Kejuruteraan | Tiada | Penunu yang menggunakan mangkin untuk memulakan dan menggalakkan pembakaran pada suhu yang lebih rendah daripada pembakaran biasa. |
general purpose incinerator | penunu am | Kejuruteraan | Tiada | Penunu yang membakar semua jenis sisa daripada pelbagai sumber. |
intertube burner | penunu antara tiub | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Penunu yang menggunakan muncung yang menyembur nyalaan antara tiub bersebelahan. |
fluidized bed incinerator | penunu lapisan terbendalir | Kejuruteraan | Tiada | Penunu yang dipenuhi bahan lengai panas yang terampai, biasanya pasir dan aliran udara, untuk pembakaran sisa. |
fluid-bed incinerator | penunu lapisan terbendalir | Kejuruteraan | Tiada | Penunu yang dipenuhi bahan lengai panas yang terampai, biasanya pasir dan aliran udara, untuk pembakaran sisa. |