Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ju.kan]/[pe.nye.ju/.kan] | ڤڽجوقن

Definisi : perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ju.kan]/[pe.nye.ju/.kan] | ڤڽجوقن

Definisi : perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transpiration coolingpenyejukan perpeluhanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejukan permukaan yang dilakukan dengan menurunkan pekali pemindahan jisim supaya pekali pemindahan haba juga menurun serentak. Penyejukan ini dilakukan dengan memaksa suatu bendalir daripada permukaan berongga mengalir ke dalam lapisan sempadan.
tons of refrigerationtan penyejukanKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit ukuran kapasiti penyejukan yang bersamaan dengan 3516.85 watt, iaitu kadar penyerapan haba pada 12 000 utB atau 12 660 kJ/jam. Nilai ini hampir sama dengan kadar haba yang perlu dibuang untuk membekukan 1 tan air pada 32�F per hari. Tan penyejukan merupakan kuasa kebanyakan alatan penyejukan.
radiational coolingpenyejukan bahangSainsHidrometeorologiPenyejukan permukaan bumi dan udara bersempadanan yang terjadi (terutamanya pada waktu malam) apabila permukaan bumi mengalami kehilangan haba bersih disebabkan oleh sinaran terestrial.
regenerative coolingpenyejukan janaan semulaAeroangkasaTiadaTeknik penyejukan kebuk pembakaran yang melibatkan bahan dorong dialirkan pada dinding kebuk pembakaran sebelum ia dibakar.
refrigerator shelfrak penyejukanSosiologiTiadaTingkat-tingkat untuk penyejukan.
insulation (refrigerating)penebatan (penyejukan)KejuruteraanTiadaProses menebat ruang penyejukan dari haba yang diserap oleh keluli badan kapal.
adiabatic coolingpenyejukan adiabatikGeologiTiadaProses pengembangan jisim udara akibat penyejukan tanpa bantuan daripada luar.
induced draft cooling towermenara penyejukan alir bebas aruhanKejuruteraanKejuruteraan KimiaLihat menara penyejukan alir bebas paksaan.
refrigeration systemsistem penyejukanKejuruteraanTiadaSistem aliran tertutup tempat bahan penyejuk dimampatkan, dipeluhwapkan, dan dikembangkan untuk menghasilkan penyejukan pada aras suhu yang lebih rendah dan pembuangan haba pada aras suhu yang lebih tinggi untuk tujuan menyerap haba daripada ruang terkawal.
precipitation hardeningpengerasan mendakanPerubatanTiadaProses mengolah logam yang melibatkan penyejukan pantas larutan pepejal daripada suhu tinggi dan diikuti dengan penyejukan dan pemendakan pada suhu bilik.
12345678910...

Kembali ke atas