Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kam.pu.ngan] | ڤرکامڤوڠن

Definisi : 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kam.pu.ngan] | ڤرکامڤوڠن

Definisi : 1 kumpulan atau kelompok kampung. 2 tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
farm villageperkampungan ladangGeografiTiadaTiada
forest villageperkampungan hutanGeografiTiadaTiada
forest villageperkampungan hutanPerhutananTiadaTiada
communeskomun/perkampunganSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
forest villageperkampungan hutanPerhutananPengurusan HutanPenempatan yang dilingkungi ladang hutan atau penempatan penduduknya yang menjalankan aktiviti perladngan hutan. desa hutan.
pueblopuebloSejarahTiada1. Perkampungan orang asli Amerika di Mexico.,2. Binaan dari batu berbentuk segi empat dan sama merupakan titik temu yang begitu rapat dan kadangkalanya berbentuk bertingkat-tingkat atau teres oleh kumpulan Anasazi, tenggara Amerika Syarikat.
forest villagedesa hutanPerhutananPengurusan Hutanlih. Perkampungan hutan.
pit dwellingkediaman lohongSejarahTiadaTempat kediaman atau petempatan manusia zaman purba atau prasejarah yang merupakan perkampungan di atas tasik atau air atau kawasan berpaya seperti di tenggara Jerman dengan budaya Chassey atau di Switzerland dengan budaya Corterillod, pada zaman Neolitik.
preclassic periodzaman praklasikSejarahTiadaMasa atau tempoh dalam arkeologi Amerika untuk menerangkan zaman pertanian dan kegiatan ekonomi yang efektif di perkampungan tetap serta pengenalan pembuatan tembikar bermula di Mexico 500 SM dan berakhir 300 SM.
archivolthias gerbangKesenianHiasan DalamanArkitraf berukir memanjang yang terletak di permukaan hadapan gerbang. Hias gerbang digunakan dengan gaya Roman dan Romanesque, termasuklah pada bangunan yang terdapat di kawasan perkampungan Anglo-Saxon pada era awal Norman. Kini, hias gerbang mempunyai sisi yang timbul atau dipotong serong.
12

Kembali ke atas