Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.nah] | ڤرنه

Definisi : sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dll), sudah berlaku: ia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; belum (tidak) ~ belum sekalipun (berlaku, kedengar­an, mengalami, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nah] | ڤرنه

Definisi : Jk kedudukan, tempat, pertalian kekeluargaan; ~ apa dia? apa pertaliannya denganmu?; ~ anak anak kepadaku (kepada­nya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nah] | ڤرنه

Definisi : sudah ada mengalami (melakukan, melihat) sesuatu; sudah ada berlaku: Dia sendiri ~ meminta pertolongan drpd abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pernah

Puisi
 

Kapal kecil kapal besar,
     Kapal tak pernah naik haji;
Dari kecil hingga besar,
     Saya tak pernah mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Belalang disangka elang.

Bermaksud :

Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deja vu experiencepengalaman deja vuPsikologiPsikologi UmumPengalaman yang pernah dialami berkaitan dengan sesuatu kejadian. Contohnya, apabila seseorang berada di suatu tempat tertentu, perkara yang dilihat dan dirasa begitu serupa dengan apa yang pernah dialami sehingga boleh berasa bahawa dia pernah berada di tempat itu. Mengikut sesetengah pendapat, perkara yang dilihat itu mungkin pernah dilihat menerusi gambar atau filem tetapi tempat atau masanya tidak dapat diingati lagi. Bagi ahli psikologi fisiologi, perasaan ini dikaitkan dengan seseorang yang mengalami kerosakan pada korteks atau lobus temporalnya.
actual fear of crimeketakutan jenayah sebenarKriminologiKeadilan JenayahReaksi emosi ketakutan dan kebimbangan mangsa terhadap sesuatu bahaya jenayah, akibat daripada pengalaman mangsa yang pernah atau hampir pernah menjadi mangsa jenayah tersebut.
pre-ownedpernah milikPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan sesuatu barangan yang bukan baharu dan pernah dimiliki oleh individu lain sebelumnya seperti kereta, jam dan sebagainya.
pre-ownedpernah milikPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan sesuatu barangan yang bukan baharu dan pernah dimiliki oleh individu lain sebelumnya seperti kereta, jam dan sebagainya.
d�j� vudeja vuPsikologiPsikologi UmumPerasaan yang dialami oleh seseorang seolah-olah sudah pernah berlaku sebelum ini. Deja vu ialah sejenis ilusi pengecaman atau paramnesia. Pengalaman ini dikatakan berlaku kerana wujudnya tanda saran yang pernah dialami tetapi tidak mencapai nilai ambangnya. Contohnya, apabila berada di tempat tertentu, sesuatu yang dilihat oleh individu itu kadangkala terasa seperti pernah dilihat sebelumnya.
formerly marriedpernah kahwin dahuluKependudukanTiadaTiada
ever marriedpernah kahwinSosiologiTiadaTiada
never-marriedtak pernah berkahwinKependudukanTiadaTiada
proportion ever marriedperkadaran pernah berkahwinGeografiTiadaTiada
proportion ever marryingperkadaran pernah berkahwinKependudukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas