Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.to.kol] | ڤروتوکول

Definisi : 1. surat-surat rasmi bkn keputusan perundingan (persetujuan dll); 2. peraturan­peraturan dlm istiadat rasmi (menyambut tetamu-tetamu negara dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.to.kol] | ڤروتوکول

Definisi : 1 peraturan rasmi dlm sesuatu istiadat (spt upacara menyambut tetamu luar negara). 2 surat rasmi yg berisi keputusan sesuatu rundingan dll. 3 ist set peraturan dlm rangkaian utk digunakan bagi pertukaran data antara sistem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata protokol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protocolprotokolTeknologi MaklumatPerisianSatu set peraturan formal yang menghuraikan cara penghantaran data, terutamanya merentasi suatu rangkaian. Terdapat dua jenis protokol, iaitu protokol peringkat rendah dan protokol peringkat tinggi. Protokol peringkat rendah mengendalikan piawaian elektrikal dan fizikal seperti turutan bit, penghantaran data, pengesanan ralat dan pembetulan rentetan bit. Protokol peringkat tinggi pula mengendalikan penformatan data termasuk sintaks, set aksara dan jujukan mesej.
point-to-point protocol(PPP)protokol titik-ke-titik(PPP)Teknologi MaklumatTiadaKaedah yang paling popular untuk memindahkan paket protokol Internet (IP) antara pengguna dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) melalui pautan bersiri. Protokol ini dibangunkan pada tahun 1994 oleh pasukan petugas kejuruteraan Internet (IETF) yang akhirnya menggantikan protokol Internet talian bersiri (SLIP). PPP mewujudkan sesi antara komputer pengguna dengan ISP melalui LCP-nya sendiri. PPP menyokong PAP, CHAP dan protokol-protokol pengesahan lain seperti pemampatan dan penyulitan. Sinonim protokol kawalan berpaut
protocol suitesuit protokolTeknologi MaklumatTiadaSet protokol daripada keluarga yang sama dengan hierarki dan fungsi yang tertentu. Contohnya, suit protokol TCP/IP mengandungi 8 hierarki dan sejumlah 73 set protokol berlainan fungsi. 8 hierarki protokol ini terdiri daripada lapisan pautan data, rangkaian, pengangkutan, sesi, aplikasi, penghalaan, penerowongan dan sekuriti. TELNET, S-HTTP, POP3, IMAP4, IRC, Finger dan FTP adalah sebahagian daripada sejumlah 27 set protokol fungsi yang terdapat dalam lapisan atau hierarki aplikasi. Beberapa suit protokol lain ialah SS7 (Signaling System 7), GPRS (General Packet Radio Service) dan PPP (Point to Point Protocol) .
treatment protocolprotokol perlakuan; protokol rawatanVeterinarTiadaTiada
DAP (directory access protokol)DAP (protokol capaian direktori)Teknologi MaklumatTiadaProtokol yang digunakan antara agen pengguna direktori (DUA) dengan agen sistem direktori (DSA) dalam sistem direktori x.500.
Transmission Control Protocol/Internet ProtocolProtokol Kawalan Penghantaran/ Protokol InternetTeknologi MaklumatTiadaProtokol rangkaian yang menyediakan komunikasi merentas rangkaian saling sambung antara komputer dengan kepelbagaian seni bina perkakasan dan sistem pengendalian.
transmission control protocol/internet protocol (TCP/IP )Protokol Kawalan Penghantaran/Protokol Internet (TCP/IP)Teknologi MaklumatTiadaProtokol rangkaian yang menyediakan komunikasi merentas rangkaian saling sambung antara komputer dengan kepelbagaian seni bina perkakasan dan sistem pengendalian.
TCP/IP (transmission control protocol/Internet protocol)TCP/IP (protokol kawalan penghantaran/ protokol Internet)Teknologi MaklumatTiadaProtokol rangkaian yang menyediakan komunikasi merentas rangkaian saling sambung antara komputer dengan kepelbagaian seni bina perkakasan dan sistem pengendalian.
protocolprotokolSains PolitikHubungan AntarabangsaDokumen yang digunakan untuk penetapan sesuatu persetujuan antarabangsa dan biasanya bersifat perjanjian tambahan. Protokol boleh meminda perjanjian yang terdahulu atau tambahan kepada peruntukan tertentu perjanjian. Pihak yang terlibat dalam perjanjian terdahulu tidak diperlukan untuk menerima pakai sesuatu protokol. Contohnya, Protokol Kyoto dikeluarkan sebagai tambahan kepada rangka kerja Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Cuaca (UNFCCC).
encrypted tunnelingpenerowongan tersulitTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah menghantar data sesuatu protokol dengan menggunakan protokol lain yang boleh melakukan penyulitan. Kaedah ini digunakan untuk memastikan data yang dihantar tidak dapat dipintas atau dihidu oleh pengguna hasad. Contohnya, protokol tersulit SSH boleh digunakan untuk menerowong protokol seperti HTTP yang tidak mampu menyulitkan muat bebannya.
12345678910...

Kembali ke atas