Eros | Eros | Kesusasteraan | Tiada | Nama Dewa Percintaan bangsa Yunani purba. Bangsa Roman purba mengenalinya sebagai cupid. Dewa percintaan ini sering muncul dalam karya sastera klasik Eropah. Istilah Eros bersinonim dengan konsep nafsu cinta dan berahi. Dalam bidang psikiatri, istilah Eros merujuk kepada tahap keinginan seks seseorang. |
archaic | kerja kuno | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hasil seni yang bersifat purba, lama dan tua. Kerja kuno berbeza dengan seni primitif kerana hasil seni kuno telah melalui perkembangan secara berperingkat yang akhirnya mewujudkan bentuk seni yang terkini dan lebih sempurna. Kerja kuno biasanya melibatkan kerja-kerja yang dihasilkan pada pada zaman Yunani Kuno atau pada era sekitar 1100 SM hingga 600 Masihi. |
archaism | arkaisme | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu. |
Egyptian style | gaya Mesir | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya perabot yang diperkenalkan pada zaman Mesir purba dari tahun 4000 SM hingga 300 M, yang berasaskan bentuk-bentuk piramid, batu obelisk, monolit, pilon dan tiang teratai. Bentuk perabot ini mengandungi peti, meja, kerusi lipat dan bangku berkaki silang serta tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Motif yang biasa digunakan adalah seperti cakera solar, sfinks, kambing gurun, mensiang, lili atau bakong. |
bard | bard | Sejarah | Tiada | Penyair dan juga penyanyi suku kaum biasanya dalam sejarah Celt purba yang menggubah dan mendeklamasikan karya dalam upacara-upacara tertentu. |
Corinthian order | susunan Corinthia | Kesenian | Hiasan Dalaman | Susunan tiang yang dipenuhi dengan hiasan pada zaman Greek Purba dan seni bina Rom. Susunan ini terdiri daripada tiang yang berjalur dan kepala tiang yang dihiasi dengan kerawang daun akantus dan skrol. Nama asal Corinthia diambil bersempena nama sebuah bandar di Greek yang bernama Corinth. Namun, susunan Corinthia ini jarang digunakan dalam seni bina Greek, sebaliknya binaan ini banyak digunakan di Athens. Contohnya, tiang Corinthia tertua terdapat di Kuil Apolla Epicurius, Arcadia. |
pantomime | pantomim | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos. |
portico . | portiko . | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang berbumbung ke dalam bangunan yang disokong dengan tiang. Elemen ini mula diperkenalkan pada zaman Yunani purba dan telah mempengaruhi banyak budaya, termasuk budaya Barat. |
celadonite | seladonit | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sejenis bahan lepa berkilat berwarna hijau laut, yang digunakan untuk membuat tembikar China. Seladonit mula diperkenalkan pada zaman China Purba di Wilayah Zhejiang. |
palaegraphy | paleografi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tulisan kuno. Kajian biasanya dilakukan pada inskripsi, terutamanya pada batu bersurat, batu nisan, dan bahan manuskrip lama. Kajian juga melibatkan percubaan untuk membaca tulisan purba bagi menentukan tarikh, asal-usul dan ketulenannya. |