crystal growth | pertumbuhan hablur | Fizik | Nanoteknologi | Proses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran. |
diffusion | resapan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan pembacaan puisi yang meresapi emosi khalayak. Contohnya, puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang. Pemuda dan gadis Tionghua, di sini bumi dan dan udara kita yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir. |
diffusion | resapan | Kejuruteraan | Tiada | Laluan zarah menerusi bahan dengan kebarangkalian serakan lebih besar dibandingkan dengan kebarangkalian tangkapan. |
diffusion coefficient | pekali resapan | Kejuruteraan | Tiada | Pemalar perkadaran dalam hukum Fick yang menghubungkan arus dengan kecerunan negatif ketumpatan atau fluks sinaran. |
hierarchical diffusion | hierarki resapan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses pemindahan kemajuan dan teknologi dari bandar- bandar besar ke bandar sederhana kemudiannya ke bandar kecil dan seterusnya ke kawasan luar bandar. |
multi-group diffusion equation | persamaan resapan berbilang kumpulan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Persamaan yang digunakan dalam analisis berangka untuk mengira taburan neutron dengan mengelaskan neutron kepada kumpulan yang berbeza berdasarkan julat tenaga neutron tersebut. |
half-wave potential | keupayaan setengah-gelombang | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan pada titik polarogram yang arus I sama dengan setengah arus resapan 1d. Bagi sistem berbalik, keupayaan setengah gelombang berkaita dengan keupayaan penurunan piawai. Hubungan ini ditulis sebagai: E ½ = Eo – 0.059/n V log K/Kr – Erujukan dengan K dan Kr ialah pemalar elektrod piawai dan Eo ialah keupayaan elektrod piawai. Lih. polarografi. |