Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[sain.tis] | ساءينتيس

Definisi : ahli sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sain.tis] | ساءينتيس

Definisi : orang yg pakar dlm bidang sains; ahli sains. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saintis

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genome editingpenyuntingan genomBioinformatikBioinformatik MolekulProses membuat perubahan kepada genom yang melibatkan penambahan, pembuangan atau pengubahsuaian bahan genetik pada lokasi tertentu. Proses ini diaplikasikan sebagai teknologi yang memberikan keupayaan kepada saintis untuk menukarkan DNA dalam organisma.
Lagrangian formbentuk LagrangeanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan yang diterbitkan daripada keseimbangan sifat fizikal tertentu, seperti isi padu atau keluasan bagi jisim yang ditetapkan bergerak atau mengalir di dalam suatu ruang masa dan isi padu. Persamaan ini digunakan oleh saintis kerana proses kelompok lebih mudah dikaji dengan menetapkan jisim proses.
ethidium bromideetidium bromidaSains ForensikTiadaPewarna kimia yang boleh terikat pada asid nukleik dan menjadikannya berpendarfluor di bawah sinaran ultraungu. Pewarna ini digunakan untuk mengesan fragmen DNA yang lut sinar selepas elektroforesis gel. Pewarnaan asid nukleik membolehkan saintis forensik membuat penaksiran tentang corak, mutu atau kuantiti DNA yang diuji.
American Board of CriminalisticsLembaga Ahli Sains Kriminalistik Amerika SyarikatSains ForensikTiadaSebuah pertubuhan serantau dan kebangsaan yang diwakili oleh ahli-ahli dalam bidang sains forensik. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk membentuk pengetahuan, kemahiran dan kebolehan peringkat profesional dalam bidang berkenaan. Antara ahlinya ialah Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika (ASCLD). Pertubuhan ini menawarkan program pensijilan kepakaran bagi saintis forensik termasuk bidang DNA forensik. Singkatan ABC.
EDSACEDSACTeknologi MaklumatTiadaAkronim bagi Electronic Delay Storage Automatic Computer. Komputer yang dibangunkan berasaskan seni bina komputer von Neumann di Universiti Cambridge oleh Maurice V. Wilkes dan pasukannya. EDSAC yang mula beroperasi pada 6 Mei 1949 merupakan komputer pertama di dunia yang mampu menyimpan atur cara untuk menjalankan operasi komputeran. Turut dikenali sebagai EDSAC Simulator, digunakan sehingga hari ini untuk mengajar sejarah komputeran; tutoran pengenalan kepada seni bina klasik komputer von Neuman; atau sebagai pengalaman bersejarah kepada saintis komputer. Kelajuan jam adalah 0.5 MHz dan output dicetak pada kertas bersambung. (Sumber gambar: http://www.dcs.warwick.ac.uk/~edsac/ )

Green RevolutionRevolusi HijauSains PolitikPolitik PerbandinganProgram meningkatkan produk pertanian yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi moden. Program ini dilaksanakan melalui penggunaan tanah yang optimum, benih dan baja yang berkualiti, racun yang berkesan, terusan dan sistem perparitan yang baik serta jentera yang sesuai bagi menambah baik sistem pertanian tersebut. Perancangan rapi dibuat supaya negara tersebut menghasilkan pengeluaran yang sesuai dengan sifat ekologi negara tersebut. Bagi menjayakan program ini, tenaga buruh digunakan secara optimum. Revolusi Hijau selalu dikaitkan dengan usaha negara sedang membangun yang tidak berupaya melaksanakan program industri secara berkesan. Idea mengenai revolusi ini dihasilkan oleh saintis Amerika Syarikat iaitu Norman E. Borlaug yang telah memenangi Hadiah Nobel tahun 1970 kerana ikhtiarnya yang cuba menghapuskan kebuluran dunia.

Kembali ke atas