Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.kir] | سيڠکير

Definisi : ; menyingkir 1. mengelak, meng­hindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dari­ku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak me­makainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau menge­dari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); menyingkiri 1. menjauhkan (menghindar­kan) diri dr: ~ bahaya; 2. ki tidak mema­kainya atau menggunakannya lagi (dlm ber­bagai-bagai erti), membuangi: segala ungkap­an yg dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri; menyingkirkan 1. menjauhkan (menghindar­kan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan meng­edari ayam betina); tersingkir 1. sudah disingkirkan (diber­hentikan, ditolak, dll), terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, di­jauhkan (dipisahkan) dr: kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing (terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati; penyingkiran 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; penyingkir = kaum ~ pengungsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.kir] | سيڠکير

Definisi : ; menyingkir 1 tidak mahu mendekati; pergi ke tepi; mengelak; menepi: Baik kita ~, biar dia lalu. 2 pergi ke tempat jauh yg lebih aman; menye­lamatkan diri ke tempat yg lebih aman: Beribu-ribu orang pelarian Palestin telah ~ ke Jordan. menyingkiri menjauhkan diri dr; menghindari. menyingkirkan 1 menjauhkan sesuatu dr; mengetepikan; menghindarkan: Mereka setuju ~ segala perselisihan an­tara mereka. 2 menye­lamatkan sesuatu dgn membawanya ke tempat lain; mengasingkan; memindahkan: Mereka telah ~ anak-anak dan isteri mereka ke kota. ~ diri menjauhkan diri. 3 melucuti seseorang drpd jawatannya atau drpd sesuatu badan: Presiden yg baru itu telah ~ lima orang pegawai kanan tentera. tersingkir (telah) disingkirkan. pe­nyingkiran perbuatan, hal dsb me­nyingkir, me­nyingkiri atau menyingkirkan: Mereka membantah ~ pelajar tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkir
Kata Terbitan : menyingkir, tersingkir, penyingkiran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
purgesingkirKomputerTiadaTiada
disqualifiedsingkirPendidikanTiadaTiada
removesingkirPentadbiranTiadaTiada
disqualifysingkirSukanTiadaPerihal peserta yang tidak boleh meneruskan bertanding dalam sesuatu acara.
hansokumenang singkir (Judo)PendidikanTiadaTiada
hansokumenang singkir (Judo)SukanTiadaTiada
phosphorus removalsingkir fosforusKejuruteraanTiadaOlahan air sisa untuk menyingkirkan fosforus bagi mengurangkan pertumbuhan alga.
purge areakawasan singkirKomputerTiadaTiada
hansoku-makehukum singkir (Judo)PendidikanTiadaTiada
competitive exclusionpersaingan singkirPerikananTiadaTiada
123

Kembali ke atas