Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.rot] | سوروت

Definisi : cahaya, seri, sinar: sebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena ~ matahari; gambar ~ Id a) gambar hidup; b) projektor (gambar sisip dll); menyorot 1. memancar (cahaya, sinar), ber­cahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ ke­luar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti meman­dang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada baha­giannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu; sorotan 1. pancaran cahaya, sinaran: ~ lampu kereta menyilaukan mata mereka; 2. ki huraian (sesuatu perkara), pembicaraan: ia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu; penyorotan perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya; penyorot; lampu ~ a) lampu picit; b) lampu cari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.rot] | سوروت

Definisi : cahaya yg dikeluarkan oleh se­suatu; sinar. menyorot keluar me­mancar (bkn sinar); bersinar: Cahayanya ~ keluar. menyoroti memancarkan cahaya kpd; menerangi; menyuluh: Sebuah lampu minyak ~ biliknya yg sempit itu. sorotan 1 pancaran atau sinaran cahaya dsb: ~ beberapa buah lampu menjadikan kawasan rumahnya terang benderang. 2 ki huraian atau pem­bicaraan ttg sesuatu perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorot
Kata Terbitan : menyorot, menyoroti, sorotan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ceiling lightsorot silingMeteorologiMeteorologi PerhubunganAlat penunjuk ketinggian awan yang menggunakan lampu yang memancarkan alur cahaya sempit dan menegak ke dasar awan. Tinggi dasar awan dapat diukur menerusi sudut pencahayaan di antara sorot siling dan pencerap dengan menggunakan klinometer yang terletak pada jarak yang diketahui di sorot siling. Alat ini juga disebut projektor siling, lampu sorot awan.
cloud searchlightlampu sorot awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSama dengan sorot siling
spot beamalur sorotAeroangkasaTiadaIsyarat yang dipancarkan oleh antena sorot ke permukaan bumi.
spotlightlampu sorotKesenianDrama dan TeaterSejenis lampu yang berfungsi untuk menerangi ruang lakon di atas pentas dengan pencahayaan yang terfokus.
focused spotlightlampu sorot terfokusKomunikasi MassaTiadaTiada
fixed spotlightlampu sorot kekalKomunikasi MassaTiadaTiada
follow spottumpu sorot (cahaya)KomunikasiTiadaTiada
search lightlampu sorotKejuruteraanTiadaTiada
follow spottumpu sorot (cahaya)KejuruteraanTiadaTiada
follow spotcahaya sorotKomunikasiTiadaCahaya yang digunakan untuk mengikuti pergerakan pelakon. Biasanya, cahaya ini berbentuk bulatan yang saiznya boleh diubah-ubah.
123

Kembali ke atas