Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.bing] | سومبيڠ

Definisi : 1. serpih pd tepi (pinggan mangkuk dll), rompes sedikit pd bahagian yg tajam (mata pisau dll), sompek: pahat itu hendaklah cukup keras supaya tidak mudah ~ matanya; 2. cabik yg dalam (bibir dll), terbelah: alangkah baik berbini ~, sungguh marah tertawa juga; 3. ki dibuat-buat (ketawa, senyum, dll): kemudian ia tertawa ~ meng­ejek; ~ melalui, retak melampaui garis prb ke­salahan yg amat besar; ~ menitik patah mengimpal prb barang yg dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki; menyumbingkan menyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir pinggan, mata parang dsb): cara membasuh yg kasar boleh ~ pinggan dan cawan kaca yg dibasuh itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bing] | سومبيڠ

Definisi : 1 serpih sedikit pd bahagian tepinya (bkn pinggan dll): Mata parangnya ~ kerana tertakik batu. 2 cabik yg dalam pd bibir sebelah atas sejak seseorang itu dilahirkan; terbelah: Bibirnya ~. menyumbingkan menye­babkan menjadi sumbing: Kayu yg keras ~ mata gergaji itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbing (kata kerja)
1. Bersinonim dengan serpih: sompek, rompes,

2. Dalam konteks bibir
bersinonim dengan cabik, terbelah.,


Puisi
 

Tetak mengkuang parang sumbing,
     Tetak sehelai dimakan kambing;
Hendak dibuang tidak terbuang,
     Ibarat darah dengan daging.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
harelipbibir sumbingVeterinarTiadaTiada
harelipbibir sumbingPerubatanTiadaRekah kongenital atau kecacatan pada bibir atas.
palmately cleftsumbing cetek palmatPertanianTiadaTiada
oblique rhymerima sumbingKesusasteraanTiadaRima yang bunyi vokalnya sama atau seakan-akan sama, tetapi bunyi konsonan yang mendahuluinya tidak sama.
near rhymerima sumbingKesusasteraanTiadaRima yang bunyi vokalnya sama atau seakan-akan sama, tetapi bunyi konsonan yang mendahuluinya tidak sama.
slant rhymerima sumbingKesusasteraanTiadaRima hampir biasanya untuk menggantikan asonans atau konsonans rima yang sebenar.
imperfect rhymerima sumbingKesusasteraanPuisiRima tak sempurna, bunyi vokalnya sama ataupun hampir sama, bagaimanapun bunyi huruf konsonan yang terletak sebelumnya berbeza. Contohnya, pada rima akhir baris pertama dan ketiga dalam syair di bawah. Karangan ini suatu madah, Mengarangkan syair tempat berpindah, Di dalam dunia janganlah tamak, Di dalam kubur berkhalwat sudah.
cheiloschisiskeiloskisisPerubatanTiadaSumbing bibir dengan fisur palatum atau lengkung aveolar.
deformitycacat bentukPerubatanTiadaKelainan rupa bentuk sebarang bahagian tubuh yang berlaku semasa perkembangan fetus atau akibat penyakit. Misalnya, sumbing pada bibir. Lihat juga malformasi.
plurisignationpenandaan jamakKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan untuk mencetuskan pelbagai makna dan konotasi dalam penulisan sastera. Penggunaan ini boleh memaparkan ironi atau paradoks yang kerap digunakan dalam penulisan puisi. Contohnya, frasa �crack �d� crowns� dalam karya bertajuk Henry IV oleh Shakespeare boleh dinterpretasikan sebagai dunia yang sumbing (broken coins), kepala yang luka (fractured heads) atau raja yang turun takhta (deposed royalty).

Kembali ke atas