Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tenaga yg diperoleh drpd matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tenaga yg diperoleh drpd cahaya matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
energy sourcesumber tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPunca penjanaan tenaga yang boleh diguna pakai atau diperoleh sama ada secara langsung atau melalui proses perubahan tenaga. Contohnya, bahan api pepejal, bahan api cecair, tenaga suria, biojisim, tenaga hidro, tenaga geoterma, tenaga nuklear dan tenaga angin.
renewable resourcesumber boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSumber yang memberikan nilai ekonomi dan boleh diganti melalui proses biologi atau secara semula jadi dan boleh digunakan berulang kali. Sumber boleh diperbaharui boleh mengatasi kekurangan bekalan akibat penggunaan secara berterusan. Contohnya, tenaga suria, oksigen, air dan biojisim.
renewable energytenaga boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauTenaga yang boleh diganti melalui fenomena semula jadi daripada pelbagai sumber seperti biojisim, suria, angin, tenaga pasang surut, geoterma dan kuasa hidro.
artificial photosynthesisfotosintesis buatanFizikNanoteknologiProses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod.

Kembali ke atas