Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pu/] | تڤوق

Definisi : 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isteri­nya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu/] | تڤوق

Definisi : ~ lalat sj tumbuhan (pokok), benitan putih, kecam, kelat lapis (merah, nasi-nasi, paya, putih), sekujah, Eugenia longiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu/] | تڤوق

Definisi : 1 perbuatan menamparkan ke­­dua-dua tapak tangan supaya ber­bunyi. 2 bunyi yg kedengaran apabila menamparkan kedua-dua tapak ta­ngan. 3 pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan. ~ sorak (-sorai) tepuk tangan yg diiringi sorak. ~ tangan tamparan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi. bertepuk, = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. menepuk memukul (agak perlahan) dgn tapak tangan: Dia terkejut ketika abangnya ~ bahunya. ~ dada a. menampar dada dgn tapak tangan. b. ki membanggakan diri; menunjukkan keberanian. tepukan 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepuk
Kata Terbitan : bertepuk, bertepuk-tampar, menepuk,

Puisi
 

Ikan buntal tidak bersengat,
     Mari jatuh atas titi;
Tepuk bantal panggil semangat,
     Ingin bersua dalam mimpi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tepuk nyamuk menjadi daki.

Bermaksud :

Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Viking claptepuk VikingSukanTiadaTepuk tangan beramai-ramai secara serentak dengan cara mendepakan tangan seluasnya, kemudian mengangkat kedua tangan di atas kepala, berteriak dan kelajuan tepukannya daripada perlahan menjadi semakin lama semakin pantas. Selalunya tepukan ini dilakukan semasa perlawanan bola sepak untuk memberikan semangat kepada pasukan yang bertanding.
clap hands circle catchtepuk tangan tangkap-bolaPendidikanTiadaTiada
pat-down searchpemeriksaan tepukKriminologiTiadaTiada
pat-down searchpemeriksaan tepukKriminologiTiadaPemeriksaan fizikal oleh polis terhadap suspek yang ditahan dengan menepuk bahagian luar atau pada pakaian suspek untuk mencari barang terlarang atau bahaya seperti dadah dan senjata.
percussion instrumentalat perkusiKesenianTiadaAlat yang diketuk, tepuk atau goncang yang terdapat dalam orkestra barat.
water contentkandungan airHidrogeologiTiadaNisbah air dalam tanih atau batuan, tepu atau tidak tepuk, terhadap jumlah isi padu atau berat sampel, dinyatakan dalam peratusan. (Tak berdimensi)
chansonsajak senandungKesusasteraanPuisiPuisi yang sesuai untuk dinyanyikan atau disenandungkan bagi tujuan tertentu seperti untuk menghiburkan hati sendiri atau untuk mendodoikan anak. Pok amai-amai, Belalang kupu-kupu; Tepuk biar pandai, Malam upah susu. Buai tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Pandai baca kitab.

Kembali ke atas