Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.san] | تروسن

Definisi : 1. sungai buatan dll yg meng­hubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sam­bungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.san] | تروسن

Definisi : sungai buatan yg menyambungkan dua buah lautan (biasanya utk pelayaran): ~ Panama; ~ Suez. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interoceanic canalterusan antara lautSains MarinTiadaAlur buatan yang terbuka bagi menghubungkan dua lautan (contohnya Terusan Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik). Projek terbaharu yang bakal dilaksanakan ialah Terusan Nicaragua yang menghubungkan Laut Carribbean dengan Lautan Pasifik. Namun, pembinaan terusan tersebut masih dalam persoalan disebabkan oleh masalah kewangan dan masalah alam sekitar yang dikhuatiri oleh ahli sains kerana pembinaan terusan tersebut mengancam ekosistem Tasik Nicaragua yang juga merupakan kawasan tadahan air yang utama untuk Amerika Tengah.
sea channelterusan lautSains MarinTiadaLekukan panjang, sempit, berbentuk U atau V dan cetek di lantai laut yang biasanya terdapat di dataran landai di dasar laut. Contohnya, terusan laut yang memisahkan selatan England dari utara Perancis dan menghubungkan bahagian selatan Laut Utara ke Lautan Atlantik. Kawasan ini merupakan kawasan laluan kapal yang sibuk. Terusan laut dikenali juga sebagai ngarai tengah laut.
channel catfish virus (CCV)virus ikan keli terusan (CCV)PerikananAkuakulturSejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot.
magnet fishingpemancingan bermagnetUmumTiadaAktiviti menarik keluar objek atau benda yang diperbuat daripada logam dari sungai atau terusan dengan menggunakan magnet kuat.
inland marine insuranceinsurans marin dalamaninsuransTiadaInsurans yang memberi perlindungan pengangkutan atau kiriman yang tidak melibatkan pelayaran laut. Insurans ini memberi perlindungan kepada risiko pengangkutan melalui darat (sungai, terusan dll.) serta transit darat.
drainage systemsistem saliranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSistem pembuangan air menerusi saliran yang dibina di dalam dan di luar bangunan atau melalui saliran semula jadi seperti longkang, parit, terusan, dan sebagainya.
Green RevolutionRevolusi HijauSains PolitikPolitik PerbandinganProgram meningkatkan produk pertanian yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi moden. Program ini dilaksanakan melalui penggunaan tanah yang optimum, benih dan baja yang berkualiti, racun yang berkesan, terusan dan sistem perparitan yang baik serta jentera yang sesuai bagi menambah baik sistem pertanian tersebut. Perancangan rapi dibuat supaya negara tersebut menghasilkan pengeluaran yang sesuai dengan sifat ekologi negara tersebut. Bagi menjayakan program ini, tenaga buruh digunakan secara optimum. Revolusi Hijau selalu dikaitkan dengan usaha negara sedang membangun yang tidak berupaya melaksanakan program industri secara berkesan. Idea mengenai revolusi ini dihasilkan oleh saintis Amerika Syarikat iaitu Norman E. Borlaug yang telah memenangi Hadiah Nobel tahun 1970 kerana ikhtiarnya yang cuba menghapuskan kebuluran dunia.
oriental despotismkuku besi ketimuranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan.

Kembali ke atas