process | proses; cuaran (anatomi) | Biologi | Tiada | 1. Satu siri tindakan, perubahan, perkembangan dan lain-lain yang berlaku secara tidak disedari misalnya penghadaman pembezaan. |
one-size-fits-all | pukul rata | Umum | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu pendekatan, projek, program, strategi dan lain-lain yang sesuai digunakan untuk semua keadaan. |
webisode | webisod | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Rancangan televisyen, video dan lain-lain yang ditayangkan secara berepisod, yang hanya dapat ditonton secara dalam talian. |
finish artwork | kerja seni penyudah | - | Tiada | Bahan visual yang terdiri daripada gambar, lukisan, peta dan lain-lain yang akan direproduksi. |
cyberbully | buli siber | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Perbuatan menghantar mesej dan imej kepada seseorang melalui media sosial, e-mel dan lain-lain yang bertujuan untuk mengugut, mengancam dan sebagainya. |
tradition | tradisi | Kesusasteraan | Tiada | Khazanah kesusasteraan atau adat kepercayaan yang diterima oleh sesuatu bangsa sebagai warisan dari zaman silam. Tradisi mungkin berupa idea, ciri, bentuk, gaya, konvesi, dan lain-lain yang diperlhatkan oleh sekumpulan karya pada sesuatu zaman, contohnya tradisi hikayat dan tradisi epik. |
cup | cawan; lengkung; mangkuk; piala (P.JAS) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Cawan: Bekas minuman berbentuk mangkuk yang terbuka, biasanya mempunyai pemegang, tapak dan dasar.,2. Mangkuk: Bekas yang dalam daripada tembikar dan lain-lain mengisi lauk-pauk, nasi dan lain-lain. |
maximum sustainable yield | hasil lestari maksimum | Sains Marin | Tiada | Tahap penghasilan maksimum yang dapat dicapai pada sesuatu unit masa. Pada tahap penghasilan ini sumber semula jadi seperti sumber perikanan, sumber hutan dan lain-lain yang boleh dieksploitasi secara rutin tanpa menyebabkan kepupusan sumber. |
herbs | herba | Herba | Tiada | Bahan yang mencakupi bahan herba mentah seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kayu, kulit kayu, akar, rizom, atau bahagian asal yang lain, berfragmen, atau serbuk. Herba mencakupi keseluruhan tumbuhan yang berguna dalam perubatan, perisa, pewarna, wangian dan lain-lain. Contohnya, tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, pandan dan kunyit. |
beat | rentak | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang teratur dalam lagu, irama, dan lain-lain. |