Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rut] | اوروت

Definisi : ; minyak ~ minyak angin dll yg diguna-kan ketika memicit atau menggosok badan; rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya; tukang ~ tukang picit (badan), orang yg memicit-micit (meramas-ramas dsb) badan seseorang atau tempat-tempat yg bengkak (terseliuh dll); berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi; ~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dll); ~ kuduk ki membujuk-bujuk; mengurut-urut mengurut berulang kali: tangannya pula turut ~ dada ibunya; mengurutkan menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~ lengannya yg terseliuh; urutan 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, me­ngurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; pengurutan perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr ibu kaki; pengurut 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg berpengalaman; 2. alat utk meng-urut (anggota badan dsb): setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rut] | اوروت

Definisi : ; angka (nombor) ~ angka (nombor) yg berturut-turut; berurut-urut, berurut-urutan berturut-tu­rut (nombor, bilangan, dll), beriring-iringan, beruntun-runtun; urutan susunan (kejadian) yg berturut-turut, susunan yg teratur, rentetan: ~ peristiwa dlm T.N. kadangkala mengelirukan kerana susun-annya tidak teratur; menghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan, mengalami bermacam ~ peristiwa serta menerima ber-bagai-bagai perubahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rut] | اوروت

Definisi : ; tukang ~ orang yg kerjanya memicit-micit badan orang lain yg sakit-sakit. berurut membiarkan tubuh badan atau bahagian-bahagiannya dipicit-picit atau digosok-gosok utk memulihkan kesihatan dll. mengurut 1 memicit-micit dan menggosok-gosok badan atau bahagian-bahagiannya dgn tangan: Emaknya pandai ~. 2 menggosok perlahan-lahan dgn tangan utk membelai dll; mengusap: Ia ~ kepala anaknya sambil mengatakan sesuatu. ~ dada mengusap dada kerana sedih, kecewa dsb. urutan gerakan tangan utk mimicit-micit (badan dsb). pengurutan perbuatan atau hal mengurut. pengurut alat (mesin dsb) yg digunakan utk mengurut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.rut] | اوروت

Definisi : ; angka ~ angka yg berturut-turut. urutan susunan yg berturut-turut; susunan yg teratur mengikut giliran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urut (kata kerja)
Bersinonim dengan picit, ramas, gosok, tekan-tekan, gasor, sengkak;,
Kata Terbitan : mengurut, urutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
uruturutKesenianTiadaProses melembut corak atau motif selepas membalok pada bahagian tertentu dengan diraut menggunakan pisau wali atau pahat. mengurut, urut.
massageurutHerbaFitoterapiPerbuatan mengosok dan memicit anggota badan. Urut bertujuan untuk merangsang peredaran darah, meredakan tekanan dan memulihkan urat yang tegang atau sendi terseliuh.
effleurageurut usapPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
petrissageurut tekanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
massageurutGerontologiTiadaManipulasi bahagian-bahagian tertentu pada badan untuk merangsang peredaran darah.
massagemasaj/urutPerubatanTiadaTiada
cardiac massageurut kardiumPerubatanTiadaTeknik penekanan jantung secara berentak untuk mengekalkan peredaran darah apabila pengecutannya terhenti.
massagemasaj/urutPentadbiran PerniagaanTiadaManipulasi bahagian-bahagian tertentu pada badan untuk merangsang peredaran darah.
chucking (cosmetology)uruT cantasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
break the backurut (lipat)KomunikasiTiadaTiada
12

Kembali ke atas