Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
jelat[dZ«.lAt]kata adjektif1. degil; himol, baut.Kau ni jelat betol.[kAw ni dZ«.lAt b«.tol]Kau ni degil betul.
penanggah[p«.nAN.gAh]kata nama1. orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin.Semue penanggah kite beri kue dan bunge telo.[s«.mu.w« p«.nAN.gAh ki.t« b«.Äi kue dAn bu.N« t«.lo]Semua penanggah kita beri kuih dan bunga telur.
mempisang[m«m.pi.sAN]kata nama1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat.Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau.[kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw]Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau.
menyelanak[m«.ø«.lA.nA/] kata kerjakata kerja1. melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; melangsang.Menyelanak aje keje engkau, kan dah dekat pekse.[m«.ø«.lA.nA/ A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«]Menyelanak sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa.
cangcang[tSAN.tSAN]kata kerja1. agak atau anggar.Cobe cangcang, berape gantang beras nak gune kenduri tu nanti.[tSo.b« tSAN.tSAN b«.ÄA.p« gAn.tAN b«.ÄAs nA/ gu.n« k«n.du.Äi tu nAn.ti]Cuba anggar, berapa gantang beras diperlukan semasa kenduri itu nanti.
recak[Ä«.tSA/]kata kerja1. menakik-nakik hujung buah durian untuk mencari garisan pangsa supaya senang dibukaDurian ni kulet tebal, kena recak banyak kali, baru boleh bukak.[du.Äi.jAn ni ku.let t«.bAl k«.nA Ä«.tSA/ bA.øA/ kA.li bA.Äu bo.leh bu.kA/]Durian ini berkulit tebal, kena recak banyak kali, baru boleh dibuka.

Kembali ke atas