Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
molarmolarKepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling.Menengah Atas
joulejouleUnit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori.Menengah Rendah
kilowatt-jamkilowatt-hourUnit tenaga dalam bidang elektrik. 1 kilowatt-jam ialah tenaga atau kerja yang dilakukan apabila kuasa 1 kilowatt dikendalikan dalam masa 1 jam.Menengah Atas
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
kemolaranmolarityBilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air.Menengah Atas
kakifeet1. Ukuran panjang yang panjangnya dua belas inci. 2. Panjang satu kaki. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
kutubpole1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
fluks magnetmagnetic flux1. Garis medan magnet. 2. Kekuatan medan magnet pada keluasan tertentu. Fluks magnet diukur dalam unit weber (Wb). 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
kutikelcuticle1. Lapisan berlilin yang menyelaputi permukaan luar epidermis pada batang dan daun tumbuh-tumbuhan. 2. Bahagian luar yang keras yang menyelaputi organisma tertentu seperti artropod dan penyu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
MatahariSunBintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas