Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
simpur MSb1. buah simpuh, digunakan untuk membungkus sesuatu (makanan); Dillenia aurea.Daun-daun simpur yang dikutipnya begitu banyak.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
piontokan Kd1. pertunangan sebelum dewasa.Sekali gus mengingatkan dia kepada saudara sepupunya sebelah keluarga ibunya, mendapat jodoh semasa sebelum baligh. Suasana dalam upacara adat piontokan itu, cukup meriah.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mowah Bd1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain.Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelakar MSr1. perbincangan. 2. perbualan.Jarang-jarang Pak Bidin mahu bersuara atau menyampuk kelakar orang kalau dia belum benar-benar bersedia.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
debak Ir1. sejenis gendang.Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak.‘Situbau’ Sambut Pengantin LelakiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aya Ib1. bapa saudara.Memang ada. Hanya tidak ada untuk diniagakan,” sindir Umang Kelebat. Itulah yang menyebabkan gadis-gadis masih terpikat sampai sekarang, ya aya? sambung Senurok.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
apai Ib1. ayah.Kali pertama ketika Apai Mikai, ayahnya, masih hidup.Novel Antara Dua KepercayaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
angalang Mr1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian.Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta.Tarian Mengubati Orang Yang SakitGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sebayan Ib, Ky1. alam roh.Layoh sudah melahirkan dirinya dalam dunia sebayan itu. Tidak akan hidup walaupun ditangisi saban hari. Rohnya akan tersesat dalam dunia sebayan itu nanti.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kumagi Kd Lt1. selempang.Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X).Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas