SALIB | Salib ialah simbol paling lazim bagi agama Kristian. Salib merupakan palang yang padanya Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan peranan utama dalam menghapuskan dosa manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan penganut Kristian menggunakan simbol salib yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan Protestan sebahagian besarnya menggunakan salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak dengan palang melintang yang pendek sedikit yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak gereja Ortodoks Timur menggunakan salib Yunani yang mempunyai empat palang yang sama panjang yang bertemu di tengah-tengah. | UMUM | |
SMITH, JOSEPH | Smith, Joseph (1805–1844) ialah pengasas dan presiden pertama Gereja Mormon yang secara rasminya dikenali sebagai Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints. Beberapa gereja lain turut mengiktiraf Smith sebagai pengasas mereka. Antaranya, yang terbesar ialah Reorganized Church of Jesus Christ of Latter-day Saints. | UMUM | |
TIBERIUS | Tiberius (42 S.M.–37 M.) ialah maharaja Rom pada zaman Jesus Christ. Nama penuhnya ialah Tiberius Claudius Nero. Baginda ialah maharaja Rom yang kedua. Baginda menggantikan Maharaja Augustus, iaitu bapa angkat dan bapa tirinya. Tiberius merupakan pemerintah tentera yang berjaya di bawah pemerintahan Augustus. | UMUM | |
ANDREW, SAINT | Andrew, Saint ialah hawari pertama daripada 12 orang penganjur Jesus Christ. Dia ialah adik-beradik lelaki hawari Peter. Andrew ialah seorang nelayan dari Bethsaida, sebuah kampung di pantai utara Laut Galilee. | UMUM | Umum |
MORMON | Mormon ialah nama yang biasanya diberi kepada ahli The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints . Mereka dinamakan demikian kerana kepercayaan mereka pada Book of Mormon. Mereka mendakwa bahawa gereja seperti yang ditubuhkan oleh Christ tidak wujud dalam bentuk asalnya, dan telah dipulihkan pada zaman moden melalui wahyu daripada tuhan kepada Joseph Smith (lihat Smith, Joseph). Oleh itu, mereka percaya, bahawa gereja mereka adalah gereja Jesus Christ yang sebenar dan lengkap yang dipulihkan di dunia ini. Mormon lebih tepat dinamakan Latter-day Saints, menggunakan perkataan “saint” dalam pengertian dalam Bible yang bermakna mana-mana ahli kepada gereja Christ . | UMUM | |
KAPAN TURIN | Kapan turin ialah kain linen yang ramai orang percaya ialah kain kapan Jesus Christ. Kain ini berukuran 434 x 109 sentimeter. | UMUM | |
ADVENTIS | Adventis ialah ahli kumpulan keagamaan yang menekankan doktrin Kedatangan Kedua yang percaya bahawa Jesus Christ mungkin kembali ke dunia pada bila-bila masa. | UMUM | |
NAZARETH | Nazareth (pend. 45 600) ialah sebuah bandar di utara Israel. Untuk lokasi, lihat Israel (peta politik). Ia merupakan tempat tinggal Jesus Christ semasa mudanya. Bandar ini terletak di Galilee, provinsi Rom (lihat Galilee ). | UMUM | |
SALT LAKE CITY | Salt Lake City (pend. 159 936; pend. kaw. met. 1 072 227) ialah ibu kota dan bandar terbesar di Utah, Amerika Syarikat. Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints, yang biasanya dikenali sebagai Gereja Mormon, mempunyai markasnya di sana. Industrinya yang utama ialah membuat bahan kimia, elektronik, keluaran makanan, keluaran logam, petroleum dan keluli. Salt Lake City ialah salah satu pusat kebudayaan, kewangan, industri dan pengangkutan yang utama di Negeri-negeri Pergunungan Rocky. | UMUM | |
ANTI-CHRIST | Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti- Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan, tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan tentang perang akhir antara yang baik dengan yang jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti- Christ muncul hanya dalam Warkah John yang Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai sejenis haiwan, satu bentuk Iblis. | UMUM | |