Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak elok lagi atau rosak kerana sudah lama: Mereka tinggal di sebuah pondok ~ di hujung kampung itu. 2 tidak cantik; hodoh: Seorang perempuan tua yg ~ datang meminta pertolongan kpdnya. 3 tidak menyenangkan; tidak elok atau tidak baik (bkn perangai atau tingkah laku): Kelakuannya ~ sekali. ~ hati jahat hatinya. ~ laku tidak baik kelakuannya. ~ makan makan dgn banyaknya serta gelojoh. ~ mulut kasar perkataannya. ~ sangka menyangka yg bukan-bukan. ~ siku mengambil balik apa-apa yg telah diberikan kpd orang. memburukkan 1 menyebabkan menjadi buruk: Air hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu. 2 mengatakan atau menganggap buruk; mengata-ngatai: Ia telah dipecat dr parti kerana ~ nama ketua partinya dlm akhbar. keburukan keadaan atau sifat buruk: Kalau kita sendiri menceritakan ~ keluarga kita, kita pun akan mendapat malu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruk

Puisi
 

Kain buruk sangkut di kandang,
     Bawa pula basah ke paya;
Saya buruk jangan dipandang,
     Bagai anjing buruk kepala.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Umpama kayu buruk: buruk di panas,
     reput di hujan.

Bermaksud :

Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rumah buruk itu sudah dirobohkan oleh pihak Majlis bandaran Kuantan. Adakah penggunaan 'buruk' betul dalam ayat ini.Penggunaan yang paling tepat ialah usang, iaitu Rumah usang itu dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan. Kata buruk memberikan maksud terlalu umum, iaitu tidak cantik.Tatabahasa18.08.2011
Masalah tulisan burukPada dasarnya,  Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan di luar skop perkhidmatan ini. Sila kemukakan soalan yang mencakup bidang perkhidmatan yang kami sediakan.Lain-lain18.04.2013
Perkataan Jawi untuk : PUSAT BESI BURUK Terima Kasih.Ejaan jawi bagi PUSAT BESI BURUK adalah seperti yang berikut: ڤوست بسي بوروقEjaan05.12.2019
Tuan, saya merujuk jawapan pihak tuan tentang ungkapan “Quran buruk” pada 17 April 2012. Saya bukan meminta agar ungkapan itu ditukar kepada “Quran lama”. Yang saya minta ialah pendapat pihak tuan tentang cadangan rakan saya agar ungkapan itu ditukar menjadi “Quran lama”. Rakan saya itu mengemukakan cadangan setelah terbaca komentar tentang “Quran buruk, Quran lama” dalam majalah Pelita Bahasa tahun 2009. Saya mengutamakan pandangan KN DBP apabila menjawab pertanyaan rakan/pelajar. Mohon ulasan susulan. Wassalam.Merujuk Kamus Dewan perkataan buruk bermaksud tua dan rosak atau tidak cantik, manakala lama antaranya bermaksud telah wujud dalam jangka masa yang agak panjang atau wujud sejak dahulu lagi. Melihat kepada makna kedua-dua perkataan tersebut frasa "Quran Buruk" lebih tepat dari segi semantik berbanding dengan frasa "Quran Lama" dan frasa "Quran Buruk" telah diterima dalam bahasa Melayu untuk mengiaskan maksud tertentu.Istilah17.04.2012
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Quran buruk ialah bahasa kiasan yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu. Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu pula ada peribahasa “seperti Kur’an (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa”. Namun, rakan saya pernah mencadangkan agar kita menukar ungkapan “Quran buruk” menjadi “Quran lama” demi menjaga kesucian Islam. Apakah pandangan pihak tuan? Terima kasih.Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pendapat tuan akan saya kemukakan kepada pihak yang berkepentingan dalam pembinaan istilah.Tatabahasa16.04.2012
rumah buruk atau rumah usang. mana lebih tepat penggunaannyaPenggunaan yang tepat ialah "rumah usang" kerana usang bermaksud sudah lama benar berbanding dengan buruk yang mempunyai maksud lebih umum iaitu tidak cantik.Tatabahasa16.08.2011
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQAyat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.'Tatabahasa15.08.2011
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebisAyat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. Tatabahasa11.08.2010
12345678910

Kembali ke atas