Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya di­tentukan atau dipengaruhi oleh asal ke­turunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ ke­turun­annya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg di­lakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat, kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf; berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = ber­darjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan mutu baka; menyedarjatkan menjadikan sama darjat­nya, menyamakan darjatnya (ting­katannya, kedudukannya), menyetarafkan; pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tingkatan pd pangkat (keturunan, kedudukan dll): Dia menduduki ~ yg tinggi dlm masyarakat Melayu. 2 taraf besar kecilnya; tingkatan: Tiap-tiap denda itu dipadankan dgn ~ kesalahan seseorang. berdarjat 1 berkedudukan (berketurunan, berkelulusan) tinggi; berpangkat. 2 ada darjatnya: satu masyarakat yg ~-darjat. sedarjat sama pangkat (kedudukan, keturunan dll); setaraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjat

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Darjat masyarakat di kampung itu telah tercemar. munsyi, mengapakah darjat tidak sesuai digunakan dalam ayat ini? TKDarjat bermaksud taraf dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa15.05.2012
ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai  1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat.

Berdasarkan takrifan tersebut,  darjat dan martabat membawa makna yang sama.

Istilah25.02.2009
Wajarkah perkataan 'sang' digunakan pada Nabi, Sultan atau Raja. Adakah perkataan 'sang' memang boleh digunakan pada manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya.  Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain.
Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban. Sang tidak wajar digunakan kepada Nabi, Sultan atau Raja dan manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat dalam urusan seharian.
Tatabahasa01.08.2012
assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu sayaSusunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab.Tatabahasa13.03.2013
betulkah ayat melly seorang yang bersikap rendah diri walaupun dia anak orang kaya dan dia suka bergaul dengan orang lain tanpa mengira darjat ataupun peringkat bak peribahasa Melayu mengatakan duduk sama rendah,berdiri sama tinggi

Cadangan ayat yang betul ialah: 
                                                                                                                                       
Melly seorang yang bersikap rendah diri walaupun dia anak orang kaya dan dia suka bergaul dengan orang lain tanpa mengira darjat ataupun pangkat bak peribahasa Melayu, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Tatabahasa11.09.2020
berikan saya maksud martabat dan anjakan paradigmaMartabat ialah kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Anjakan paradigma ialah peralihan paradigma drpd satu lingkungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik). Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna08.02.2009
Kalian mestilah sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain, kerana hubungan adik-beradik seperti walaupun berbeza pangkat dan darjat. Apakah peribahasa yang sesuai? Bagai aur dengan tebing atau aur dicencang tiada putus?Cadangan jawapan yang sesuai ialah "Air dicencang tiada putus" yang membawa maksud dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Lain-lain07.12.2021
Ada kamus untuk menyemak terjemahan sama ada dari B. Malaysia ke B. Inggeris dan sebaliknya untuk terma-terma politik, serta pangkat dan darjat, dan gelaran untuk orang kenamaan dan Keluarga DiRaja. Terima kasih.Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisidan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali).Lain-lain26.03.2009
Betulkah penggunaan dimartabatkan dalam "kemerdekaan telah mengajar, mengenal hakikat satu perjuangan, namun ia bukan sekadar kenangan, bahkan perlu dimartabatkan". Sekiranya salah, boleh berikan perkataan yang sesuai untuk menggantikannyaDalam konteks ayat tersebut, perkataan "martabat" kurang sesuai digunakan kerana martabat bermaksud "kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dll". Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah "dipertahankan" kerana kemerdekaan perlu dipertahankan.Lain-lain10.07.2007
saya nama Yamilah Usma balejar bahasa melayu dasar inginkan bartanya tentang tata bahasa apakah makna saudaraSaudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki.Makna28.10.2015
12

Kembali ke atas