Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Tr beduk, tabuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geduk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gedukgedukMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Geduk ialah dram berbentuk tong pendek. Geduk mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan pelekat dan pancang kayu. Geduk diletakkan secara menegak dengan menggunakan dua batang kayu dan dipukul dengan sepasang kayu kecil. Geduk terdapat dalam dua saiz, iaitu geduk anak yang bersaiz kecil dan geduk ibu bersaiz besar. Geduk dimainkan dalam ensembel wayang kulit Kelantan bagi mengiringi muzik perang dan pergerakan watak kasar. Di utara Semenanjung Malaysia, geduk dimainkan dalam ensembel wayang gedek dan menora. Alat muzik ini dikenali sebagai klong di Thailand dan skor thomm di Kemboja.

geduk (Mal)gedukKesenianTiadaGendang dua muka yang dicondongkan supaya satu muka mengadap pemain.
glong that (Thailand)glong thatKesenianTiadaGeduk dari Thailand.
wayang kulitwayang kulitKesenianDrama dan TeaterSatu bentuk seni persembahan tradisional yang menggunakan kelir melalui permainan bayang-bayang daripada pantulan cahaya pada patung pipih di bahagian belakang kelir yang digerakkan oleh seorang dalang. Di Malaysia, permainan wayang kulit biasanya diiringi alat muzik jenis perkusi seperti gendang, gong, cing, canang dan geduk.
menoramenoraMuzikTiada

 Teater rakyat yang berasal dari selatan Thailand. Menora mengutamakan tarian, lakonan, improvisasi, nyanyian serta muzik instrumental dan dimainkan dalam upacara ritual di kuil Thai di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Di Pulau Pinang dan Kedah, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik klong (geduk), tab (gedumbak), mong (gong kecil), ching (simbal kecil), pi (alat aerofon berpelidah), krek (sepasang kayu) dan saw u (alat dua tali). Sementara di Ke­lantan, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik makyung. Menora merujuk kepada watak utama, iaitu burung kinnari betina dalam cerita Jataka. Sinonim lakon jatri, manohra, manora, nora chatri.

likaylikayKesusasteraanTiadaTeater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat.
resultant rhythmrentak terhasilMuzikTiada

Gabungan rentak yang berbeza dan bertingkah yang dihasilkan oleh beberapa jenis alat membranofon dan idiofon seperti dram atau gong. Contohnya, rentak terhasil akan diperoleh apabila gedumbak, geduk dan gendang dimainkan serentak dalam sesuatu lagu wayang kulit Kelantan.

wayang kulit Kelantanwayang kulit KelantanMuzikTiada

Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. Sinonim wayang kulit Siam.

wayang gedekwayang gedekMuzikTiada

Teater wayang kulit di Perlis, Kedah dan Kelantan yang berasal daripada teater nang talung di selatan Thailand. Teater ini menggunakan patung kecil yang dibawa khas dari Thai­land. Bahasa Thai dan bahasa Melayu digunakan bagi cerita yang bertemakan penduduk tempatan dan epik Ramayana. Wayang gedek diiringi ensembel Thai yang terdiri daripada pi (shawm), klong that (geduk), thon (gedumbak), klong khaek (gendang), ching (kesi), mong (gong) serta saw u dan saw duang (alat muzik bertali).

menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung.

Kembali ke atas