Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIKAR

TIKAR, sejenis anyaman yang boleh digunakan sebagai alas duduk dalam masyarakat Melayu. Tikar luas penggunaannya dalam kehidupan masyarakat lama Melayu. Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam, apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk, lazimnya akan dibentangkan tikar terlebih dahulu. Maka itu umumnya rumah orang Melayu mempunyai tempat khas menyimpan tikar yang digulung dengan kemas. Tikar yang baik mutunya akan dibalut dengan kain apabila menyimpannya.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas