Pantun

PantunSumberTema
Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kain baldu dari Makasar, Halusnya tiada dapat ditenun; Laut madu sungai bersakar, Dahaganya tiada dapat diminum.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas