Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golong­an atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan: ~ atasan golongan orang-orang yg berpangkat tinggi; orang-orang besar. 2 lingkaran di keliling bulan, matahari dll; gelanggang. ~ ayam tempat menyabung ayam; gelanggang ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalang (kata nama)
Bersinonim dengan galang, landasan, penyangga, ganjal, penopang, penunjang;,
Kata Terbitan : kalangan,

Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pandangan tuan ke atas penggunaan perkataan ini: 1) Kalangan 2) Di kalangan 3) Dari kalangan 4) Daripada kalanganKalangan bermaksud lingkungan atau golongan dan penggunaan yang betul ialah dalam kalangan.Tatabahasa03.03.2014
Mohon pandangan tuan berhubung penggunaan ayat "kalangan" seperti berikut: 1) Perkataan "dari kalangan" Contoh ayat: Kumpulan Peladang Muda/Kor Tani merupakan satu kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan menggiatkan penyertaan dari kalangan ahli muda lelaki dan wanita PPK. 2) Perkataan "di kalangan" Contoh ayat: Pertikaian yang berlaku di kalangan Kumpulan Peladang Muda hendaklah diselesaikan secara rundingan muhibah. Soalan: 1) Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai digunakan untuk "kalangan" ? 2) Bila penggunaan "di kalangan" / "dalam kalangan" / "dari kalangan" / "daripada kalangan" / "kalangan" sesuai digunakan?Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Untuk makluman, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Frasa yang betul daripada kalangan.Lain-lain05.03.2014
Saya pernah terbaca mengenai penggunaan dalam kalangan @ di kalangan dalam majalah keluaran DBP tahun lepas. Sebelum ini penggunaan di kalangan adalah salah. Namun, menurut majalah tersebut, penggunaan di kalangan adalah diterima semula. Apakah status penggunaan di kalangan ketika ini?

Di kalangan dan dalam kalangan, kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanpun penggunaan yang paling mantap/baku ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Sementara kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Tatabahasa01.06.2011
Usayd Hudhayr Jul 3rd, 3:23pm nak tanya.. di kalangan atau dalam kalangan???Tidak ada perbezaan fungi di kalangan dan dalam kalangan. Walau bagaimanapun frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan" kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak', manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. untuk lebih mudah difahami frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Oleh itu, untuk tujuan peperiksaan kami cadangkan frasa "dalam kalangan" digunakan. Moga ia membantu anda untuk memahaminya.Tatabahasa03.07.2014
saya nak tanya yang mana yang mesti digunakan.... sama ada " dalam kalangan" atau " di kalangan"...Kalangan juga bermaksud 'golongan'. Apa pendapat saudari sekiranya ia dipadankan dengan kata sendi 'di' menjadi 'di golongan'... Sudah tentu tidak sesuai. Begitulah juga halnya dengan kata 'kalangan'. Dalam kalangan = dalam golongan.Tatabahasa06.08.2009
Sila jelaskan perbezaan antara "di kalangan" dan 'dalam kalangan". Terima kasih

Tidak ada perbezaan fungi di kalangan dan dalam kalangan. Walau bagaimanapun frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan" kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak', manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat.

Tatabahasa09.09.2011
Asalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan Saya juga ingin bertanya tentang penggunaan perkataan berkaitan 'kalangan'. Setahu saya, berdasarkan kamus dewan bahasa keempat, perkataan 'di kalangan' telah ditukar kepada 'dalam kalangan'. Apakah perkataan 'di kalangan' tidak boleh digunakan langsung dalam ayat? Terima kasih,Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.Tatabahasa11.01.2012
1. Di dalam kluster atau dalam kluster 2. Di kalangan atau dalam kalangan atau di dalam kalanganJawapan yang betul ialah dalam kluster dan dalam kalanganTatabahasa13.06.2020
A)di kalangan pelajar B) dalam kalangan pelajar Ayat mana yang betul. Terima kasih"Di kalangan" dan "Dalam kalangan", kedua-duanya boleh digunakan namun yang paling tepat ialah "Dalam kalangan".Tatabahasa06.06.2009
yang mana betul? di kalangan atau dalam kalangan. dalam pelita bahasa frasa dalam kalangan digunakan dengan produktif, tetapi kD4 menggunakan frasa di kalangan. mohon penjelasan.Penggunaan yang betul ialah dalam kalangan.Tatabahasa21.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas