Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golong­an atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan: ~ atasan golongan orang-orang yg berpangkat tinggi; orang-orang besar. 2 lingkaran di keliling bulan, matahari dll; gelanggang. ~ ayam tempat menyabung ayam; gelanggang ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalang (kata nama)
Bersinonim dengan galang, landasan, penyangga, ganjal, penopang, penunjang;,
Kata Terbitan : kalangan,

Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHLI SUFFAH

Ahli Suffah ialah golongan fakir miskin mukmin

dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang tidak

mempunyai rumah untuk didiami. Oleh itu, mereka

mendiami suatu sudut yang teduh di Masjid Nabawi

di Madinah. Mereka dikenali dengan nama Ahli

Suffah dan kadang-kadang disebut juga sebagai

Ashab al-Zillah (orang yang berteduh) dan Duyuf al-

Islam (tetamu Islam). Perkataan Suffah ialah

perkataan Arab dan apabila dikaitkan dengan

bangunan, ia bererti sesuatu bahagian yang teduh

di dalam bangunan itu, yang menyerupai ruang

legar yang luas dan tinggi. Ibn Taymiyyah

berkata, Al-Suffah yang dikaitkan dengan nama

Ahli Suffah kalangan sahabat Nabi SAW, terletak di

bahagian hujung sebelah utara masjid Nabi SAW

di Madinah al-Munawwarah.” Ia ialah tempat

fakir miskin dari kalangan orang mukmin berteduh,

iaitu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan

tidak ada tempat berteduh.

UMUM 
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
SHANGRI-LAAmalan pindah ternak di kalangan sebahagian orang Sherpa, Gunung Himalaya.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
SASTERA ARAB MESIRSastera yang wujud dan berkembang di kalangan penduduk Mesir.SASTERAKonsep
DRUID

Druid ialah kelas paderi terpelajar dalam kalangan

orang Celt, iaitu satu kaum Eropah purba.

UMUM 
PERSIDANGAN POTSDAM

Persidangan Potsdam ialah perjumpaan

terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet,

United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut

diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia

bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan

selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan

tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah

Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana

Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement

Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai

perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili

United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang

berakhir pada 2 Ogos 1945.

UMUM 
KEDOMINANAN

Kedominanan ialah satu bentuk perilaku dalam

kalangan haiwan individu yang menunjukkan

keupayaannya untuk memenangi pertarungan

dengan haiwan-haiwan lain.

UMUM 
KARTEL

Kartel ialah persatuan yang dibentuk dalam

kalangan pengeluar dalam industri tertentu untuk

menguasai pasaran bagi produk mereka.

UMUM 
PASUKAN PENEROKA

Pasukan peneroka dibentuk dari kalangan

Angkatan Udara Diraja British pada tahun 1942

semasa Perang Dunia II (1939–1945) di bawah

perintah juruterbang Australia, Group Kapten

Donald Bennett.

UMUM 
ANUBIS

Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di

kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang

utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar

Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala

merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali

digambarkan sebagai anjing atau serigala yang

sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan

Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth,

pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri

upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang

hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan

mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di

dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas