Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kélong) sj belat ikan yg terbahagi kpd beberapa sekatan atau kurung: ikan-ikan yg melalui ~ itu terperangkap di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (kélong) ark sj pantun Bugis; berkelong berpantun cara Bugis, menyanyi­kan kelong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (kélong) 1. Kl, Tr tipu, kecoh; 2. Tr berkepul-kepul (bkn asap): kamu membakar apa, sampai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kélong)/ belat besar yg di dlmnya terdapat beberapa sekatan atau kurung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelong

Puisi
 

Cacak kelong Bagan Tujuh,
     Jerjaknya sampai ke tepi;
Kalau tuan berani sungguh,
     Saya ikut sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Pasang kelong laut Mengkalis, Tumis santan linang berlinang; Biar remuk jiwaku habis, Lagi tak dapat hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cacak kelong Bagan Tujuh, Jerjaknya sampai ke tepi; Kalau tuan berani sungguh, Saya ikut sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mudik beralun kelong ditahan, Bemban hanyut dengan uratnya; Perut lapar lalu kutahan, Hati rindu tiada ubatnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mudik berakit kelong berkapai, Dayung sederap dari hulu; Badan sakit hajat tak sampai, Bunga kembang tinggallah dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kita hendak berenang, Di situ orang memasang kelong; Bagaimana hamba hendak dipinang, Abang selalu bercakap bohong.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas