Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kélong) sj belat ikan yg terbahagi kpd beberapa sekatan atau kurung: ikan-ikan yg melalui ~ itu terperangkap di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (kélong) ark sj pantun Bugis; berkelong berpantun cara Bugis, menyanyi­kan kelong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (kélong) 1. Kl, Tr tipu, kecoh; 2. Tr berkepul-kepul (bkn asap): kamu membakar apa, sampai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kélong)/ belat besar yg di dlmnya terdapat beberapa sekatan atau kurung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelong

Puisi
 

Cacak kelong Bagan Tujuh,
     Jerjaknya sampai ke tepi;
Kalau tuan berani sungguh,
     Saya ikut sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shallow water fishing stakekelong kering/kelong ceduk/kelong bubuPerikananTiadaTiada
stakekelong; jermal; ambai; langgaiPerikananTiadaTiada
stakekelong; jermal; ambai; langgai; pancangGeografiTiadaTiada
deep water fishing stakekelongPerikananTiadaTiada
fish trap chamberkurung ikan (belat/kelong)PerikananTiadaTiada
recreational accommodationpenginapan rekreasiPerikananTiadaTempat penginapan yang disediakan oleh pemaju aktiviti rekreasi, sama ada dalam bentuk resort, kapal layar atau rumah kelong. Penginapan rekreasi menyediakan kemudahan tempat tidur, kantin dan alatan memancing.
passive gearperalatan pasifPerikananTiadaSemua jenis peralatan menangkap ikan yang dipasang secara statik di tempat tertentu supaya ikan terperangkap. Ikan akan bergerak ke arah peralatan pasif, contohnya bubu, kelong dan rawai yang dipasang dan ikan akan terperangkap di dalamnya. Peralatan ini dianggap sangat mesra sumber kerana sasarannya hanya tertumpu pada spesies tertentu dan operasinya yang juga terhad di kawasan tertentu sahaja. Sifat selektif peralatan ini membolehkannya digunakan untuk tujuan pengurusan sumber perikanan.
traditional use zonezon penggunaan tradisiPerikananTiadaKawasan pesisir pantai yang hanya dibenarkan untuk aktiviti penangkapan ikan dengan peralatan menangkap ikan tradisi. Kebenaran untuk beroperasi dalam zon ini diberikan kepada orang tempatan sebagai pertukaran untuk menjaga dan mengurus kawasan tersebut. Contohnya, kawasan laut yang kurang daripada 5 batu nautika dari pantai hanya dibenarkan untuk aktiviti perikanan tradisi dengan menggunakan peralatan tradisi seperti pancing, pukat tarik pantai, pukat hanyut, bubu dan kelong.
gelamgelamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Melaleuca cajuputi daripada famili Myrtaceae. Gubal kayu gelam berwarna coklat kemerahan, dan tidak jauh berbeza daripada teras kayunya yang berwarna lebih gelap. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 820 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu gelam tahan dalam keadaan persekitaran lembap dan air masin, dan digunakan dengan meluas sebagai sumber kayu api, kayu jaras, dan kayu kelong. Kulit lembut kayu ini dapat digunakan sebagai pakal papan perahu.

Kembali ke atas