Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil per­buatan mengendalikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : yg dikendalikan; hasil mengendalikan: Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kendalian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yan sesuai bagi menggantikan perkataan di mana dalam soalan ini. 'Amplifier Kendalian (op-amp) ialah litar panduan yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi dimana suap balik digunakan untuk mengawal ciri-ciri sambutan keseluruhannya."Amplifier Kendalian (op-amp) ialah litar panduan yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi dan suap balik digunakan untuk mengawal ciri-ciri sambutan keseluruhannya.Tatabahasa28.09.2022
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor 3.Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor 4.Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane 5.Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader 6.Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader 7.Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Tilt in Space Wheelchair - Kerusi Roda Ruang Boleh Condong

2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor - Konveyor Pulih Guna Paip Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

3. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor - Konveyor Tiub Sawat Boleh Lentur  Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

4. Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane - Kren Gantri Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

5. Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader - Pemunggah Barj Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

6. Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader - Pemunggah Kapal Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

7. Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder - Penyuap Grizli  Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat
Istilah09.05.2016
Tolong terjemahkan ayat berikut ke bahasa malaysia; ``standard operting procedures"Padanan bahasa Melayunya ialah prosedur kendalian standard.Istilah01.08.2008
Apakah langkah yang diambil DBP untuk merakam kata-kata baharu seperti 'pengantunan' dan 'amang seksual' atau 'nirbingkai'/'nirwayar' dalam PRPM? Kamus Besar Bahasa Indonesia versi Daring dibawah kendalian Kemendikbud dimutakhirkan dua kali setahun (April dan Oktober). Apakah DBP juga bercadang berbuat demikian? Kamus cetak seperti Kamus Dewan tidak lagi mampu menjadi rujukan terkemas kini akibat perkembangan bahasa yang begitu pesat. Saya rayu DBP untuk memperhebat PRPM sebagai sumber terkemas kini berkait kosakata bahasa Melayu Nusantara.Kami mengambil maklum cadangan tuan berkaitan frasa ’pengantunan kanak-kanak’, ‘amang seksual’ dan ‘nirbingkai’/nirwayar’.  Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Kami amat menghargai keprihatinan dan cadangan yang diberikan dalam usaha bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan.Istilah15.03.2019
Apakah kata yang membawa maksud "battery-operated" dalam BM? Dan, apa kita panggil untuk "disposable nursing pads"?Kedua-dua istilah tersebut tiada dalam data DBP. Kami mencadangkan "battery-operated" diberikan padanan “kendalian bateri” dan "disposable nursing pads" ialah “pad susu pakai buang”.Penyemakan dan penterjemahan21.01.2015
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Cadaver Scissor Lift Trolley 2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder 3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer 4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 

1. Cadaver Scissor Lift Trolley – Troli Angkat Mayat

2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder – Penyuap Apron Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Roda Timba Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Bulat Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers – Penutup dan Pelapik Pelongsor Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

Istilah04.05.2016
bagaimana menggunakan istilah bahasa melayu bagi istilah 'Android-running devices'? adakah peranti android mudah alih?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "android-running devices". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah peranti kendalian android.Istilah03.07.2013
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian.Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard.Istilah02.11.2011
Hairi Jamil Assalamualaikum... Saya nak bertanyakan soalan Bagaimanakah cara dan prosedur untuk memohon penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Dan dengan siapa kami perlu berhubung untuk tempahan Terima kasihWaálaikummussalam.... Penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka adalah di bawah kendalian Bahagian Pentadbiran Am. Sebarang permohonan sewaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pentadbiran Am, Aras 14, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50640 Kuala Lumpur. 2. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam surat permohonan adalah: i) Nama Majlis ii) Waktu Penggunaan iii) Senarai Keperluan Peralatan semasa majlis berlangsung 3. Berikut kadar Sewaan bagi Auditorium DBP: Deposit penyewaan : RM500.00 Untuk Tempoh setiap jam : I) Hari Bekerja = RM500.00 ii) Hari Cuti Umum = RM 625.00 Pakej penggunaan 8 jam : I) Hari bekerja = RM4,000.00 ii) Hari Cuti Umum = RM5,000.00 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 03-21479708. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "BAHASA JIWA BANGSA" Saya yang menurut perintah, (ZAWIYAH BINTI ABD KARIM) Penolong Pegawai Tadbir (N27) Bahagian Pentadbiran Am, Dewan Bahasa dan Pustaka. b.p. Ketua Bahagian Pentadbiran Am.Lain-lain29.05.2014
Salam Sejahtera, Saya akan mengadakan kursus di sebuat institut yang bernama Akdemi Koreksional, setelah di rujuk, tiada istilah "koreksional" di dalam Kamus rujukan DBP. Menurut laman DBP, teguran telah di lakukan kepada Akdemi tesebut, apakah maklum balas akademi Tersebut? Mohon pihak DBP memperbetulkan penggunaan istilah tersebut terutamanya bagi sesebuah institut kendalian kerajaan. *persoalan dan cadangan ini merupakan persoalan individu dan tidak mewakili jabatan pihak saya, harap maklumUntuk makluman tuan, pihak Jabatan Penjara telah menghantar surat berhubung dengan penggunaan perkataan koreksional dalam hal penamaan akademi tersebut. DBP tidak bersetuju dengan penamaan tersebut, sebaliknya mencadangkan penggunaan perkataan lain, iaitu pemulihan. Sebanyak dua kali pihak Jabatan Penjara berurusan dengan DBP melalui surat, namun DBP kekal dengan keputusan untuk tidak menerima penamaan tersebut. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan tuan dan hal ini akan kami timbulkan semula dalam pemantauan jabatan kerajaan.Lain-lain24.04.2015
12

Kembali ke atas