Senjata api Gatling merupakan mesingan
tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia
dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)
seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang
peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten
senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan
semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia
mengandungi sepuluh laras yang berputar
dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan
menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap
lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan
berputar untuk memberi laluan kepada laras
berikutnya. Model senjata api yang diperbaik
menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan
Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang
Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api
Gatling moden adalah peralatan piawai dalam
angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.