Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Peribahasa

Berapa berat mata memandang,
     berat juga bahu memikul.

Bermaksud :

Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(93)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. ialah ayat majmuk jenis apa? keterangan ke? Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. ialah ayat majmuk keterangan ke?

Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. - ayat majmuk gabungan.

Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. - ayat ini dibetulkan menjadi "Kita harus membantu orang yang dalam kesusahan" - ayat majmuk pancangan relatif.

Tatabahasa08.11.2010
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara?"Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga.Sastera23.01.2024
apakah maksud malapetaka,bala?Malapetaka ialah berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan,dsb); Bala ialah kejadian buruk yang menimpa seseorang atau sesuatu tempat.Makna19.01.2008
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distresTerjemahan yang bersesuaian bagi perkataan bahasa Inggeris 'suffering and distress' ialah penderitaan dan kesusahan.Lain-lain17.08.2017
apakah peribahasa yang menggambarkan maksud sebarang kesilapan dalam membuat keputusan akan mengundang kesusahan kepada individu tersebut?Untuk makluman saudara, kami tidak dapat mencari maksud setiap peribahasa melainkan dengan merujuk setiap satu peribahasa. Sila rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Tatabahasa25.05.2011
Ingin bertanya maksud peribahasa: AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI KEHAUSANAntara maksud peribahasa ini ialah sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.Makna30.04.2009
Maksud 'Sejahtera'Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat kata 'sejahtera' bermaksud aman dan makmur,senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana(kesusahan, gangguan,dll.)Makna17.01.2008
ASLAMMUALAIKUM SAYA NAREEMAH BELAJAR BAHASA SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BAHASA APAKAH MAKNA SEJAHTERAMenurut data kami, perkataan "sejahtera" bermaksud bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sejahteraMakna04.11.2015
Salam,Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa?Terima kaasih Kita mestilah saling menolong apabila jiran tetangga menghadapi kesusahan.Seorang mungkinlah melancong dari negara sendiri ke luar negara seperti Eropah,Hong Kong,Korea,Pualau Pinang,Selangor,dan Kuala Lumpur.Jiran tetangga kita mungkin memohon bantuan untuk membantu mereka menjaga anjing dari rumah mereka.Contohnya,kita juga boleh mengadakan sambutan Hari Jadi kepada jiran tetangga untuk memperat hubungan yang ikat.Hubungan yang ikat bukanlah sesiapa boleh membuat keputusan yang baik atau tidak baik.Hubungan ialah manusia menanam hubungan yang kronik hingga jadi baikk dengan perlahan-perlahan.Jiran tetangga akan memberi sokongan dan dorongan dengan tujuan mencapai maklumat yang diimplementasikan.Contohnya,kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.Kita juga harus mempengaruh tingkah laku mereka dari negatif jadi positif.Natijahnya,negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari ekonomi dan politik negara.Negara Malaysia melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia.

Kita mestilah menolong jiran tetangga apabila mereka menghadapi kesusahan. Jiran tetangga berkemungkinan melancong ke luar negara seperti Eropah, Hong Kong, Korea, dan di dalam negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Jiran kita mungkin memohon bantuan untuk menjaga anjing di rumah mereka. Selain itu, kita juga boleh mengadakan sambutan hari jadi bersama-sama jiran tetangga untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

Jiran tetangga akan memberikan sokongan dan dorongan bagi mencapai maklumat yang ditetapkan, seperti memberikan sokongan apabila kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.

Kita juga boleh mempengaruhi tingkah laku mereka dari negatif menjadi positif.  Negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari segi ekonomi dan politik dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia.

Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. 

Tatabahasa08.07.2021
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita;

Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;
Istilah08.04.2013
12345

Kembali ke atas