Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kongrés) mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu dsb: masalah memajukan bahasa Melayu, dan membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu telah dibincangkan dlm beberapa ~ yg telah diadakan; berkongres mengadakan kongres: mereka ~ lagi utk membincangkan masalah lain pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (kongrés) badan perundangan persekutuan di Amerika Syarikat yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Senat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kongrés/ mesyuarat besar antara wakil-wakil pertubuhan dll utk membincangkan sesuatu: ~ Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga telah berlangsung pd tahun 1956. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kongres


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONGRES BENUA KEDUA

Kongres Benua Kedua lihat Kongres Benua.

UMUM 
KONGRES AMERIKA SYARIKAT

Kongres Amerika Syarikat menggubal

undang-undang negara Amerika Syarikat.

Kongres mempunyai dua badan, Dewan Senat dan

Dewan Perwakilan. Kedua-duanya mempunyai

kuasa yang sama. Rakyat memilih anggota

Kongres.

UMUM 
EJAAN KONGRES

EJAAN KONGRES, sistem ejaan yang dihasilkan daripada kertas kerja yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi’ yang ditulis oleh Asraf, salah seorang ahli Bahasa yang menganggotai Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Kertas kerja tersebut dibentangkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang telah diadakan di Singapura dan Johor Baru dari 16 hingga 21 September 1956.

BAHASABahasa
KONGRES AIX-LA-CHAPELLE

Kongres Aix-la-Chapelle, diadakan di Aachen

(Aix-la-Chapelle), Jerman, pada tahun 1818.

Persidangan ini bertujuan untuk mengekalkan

keamanan yang telah diwujudkan oleh Kongres

Vienna pada tahun 1815.

UMUM 
TAMBO, OLIVER

Tambo, Oliver (1917–1993), mengetuai Kongres

Kebangsaan Afrika (ANC) semasa dalam buangan

selepas Kongres tersebut diharamkan di Afrika

Selatan pada tahun 1960 (lihat Kongres Kebangsaan

Afrika ).

UMUM 
KONGRES VIENNA

Kongres Vienna ialah satu mesyuarat yang

diadakan dari akhir tahun 1814 hingga awal

tahun 1815 bagi menyelesaikan isu yang timbul

akibat perang yang berlarutan hampir 25 tahun

antara Perancis dengan negara-negara Eropah

yang lain.

UMUM 
KONGRES BERLIN

Kongres Berlin ialah pertemuan para

pemimpin negara-negara penting Eropah pada

tahun 1878 untuk memutuskan apa yang harus

dibuat terhadap kawasan Balkan yang dikuasai

oleh Empayar Uthmaniyyah, yang berpangkalan

di Turki.

UMUM 
KONGRES BENUA

Kongres Benua ialah persidangan para

perwakilan Koloni Amerika yang bertemu buat

kali pertamanya di Philadelphia, Pennsylvania,

pada 5 September 1774.

UMUM 
KONGRES YAHUDI SEDUNIA

Kongres Yahudi Sedunia ialah persatuan

antarabangsa bagi pertubuhan Yahudi dari lebih

70 buah negara.

UMUM 
KONGRES KEBANGSAAN AFRIKA

Kongres Kebangsaan Afrika (African

National Congres) ialah sebuah parti politik di

Afrika Selatan. Berikutan pilihan raya demokrasi

pada tahun 1994, ANC menjadi parti pemimpin

dalam kerajaan baharu Afrika Selatan.

UMUM 
123456

Kembali ke atas