Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Pantun

PantunSumberTema
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa.Pantun Melayu SarawakBerkait
Kaki lima tempat bersembang, Tempat orang menjual keledek; Lelaki sekarang berambut panjang, Perempuan pula berambut pendek.Pantun Melayu SarawakBerkait
Buah ketapi kulitnya manis, Patah galah dalam paya; Orang lelaki mulutnya manis, Cakap sepatah jangan percaya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mengapa biawak mandi berendam, Menengok buaya menunggu jermal; Mengapa banyak lelaki karam, Menengok betina bergincu tebal. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah salak daun pandan, Masak sebiji buah pedada; Salah pandang macam pondan, Lelaki perempuan tiada beza.Pantun Melayu SarawakBerkait
Buah sebarang buah, Buah kemiri pelazat sayur; Bukan tua sebarang tua, Tua lelaki urat tak kendur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju pendek pakaian serani, Kaki lima tempat bersembang; Sungguh pelik di hati kami, Lelaki sekarang berambut panjang.Pantun Melayu SarawakBerkait
Sehari ke hulu sehari ke seberang, Duduk di bangku sakit kaki; Dari dulu sehingga sekarang, Wanita tertipu oleh lelaki.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas