Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sempadan (garisan dll) yg mengelilingi sesuatu, bulatan, lingkaran; 2. semua yg terlingkung dlm suatu kawasan (kuasa dll): usianya belum berapa lanjut, barangkali dlm ~ empat puluhan; pantai timur semenanjung termasuk dlm ~ daerah pedalaman Singapura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkung
Kata Terbitan : melingkungi, terlingkung, lingkungan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lingkungan1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lingkungan1. sempadan (garisan dll) yg mengelilingi sesuatu, bulatan, lingkaran; 2. semua yg terlingkung dlm suatu kawasan (kuasa dll): usianya belum berapa lanjut, barangkali dlm ~ empat puluhan; pantai timur semenanjung termasuk dlm ~ daerah pedalaman Singapura.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepung I; berkepung (duduk dll) membentuk bulatan (lingkungan) atau mengelilingi sesuatu (duduk dll) dlm satu bulatan atau lingkungan: beramai-ramai duduk ~ di pantai sambil makan; mengepung mengelilingi (orang dll) supaya terkurung atau terperangkap (tidak dapat lepas lari), melingkungi (orang, binatang, tempat persembunyian, dll): mereka sedang ~ seekor harimau buas; maka dikepunglah oleh Bugis kubu Terampak itu dilingkunginya; terkepung sudah dikelilingi atau dilingkungi (sehingga terperangkap atau tidak dapat melepaskan diri): maka ~lah Raja Kecil itu hampir tewas; kepungan lingkungan atau barisan berke­liling yg dibentuk (dibuat) oleh orang-orang (pasukan dsb) yg mengepung: mereka mengatur rancangan utk menembusi ~ Jerman terhadap kepulangan Inggeris; pengepungan perbuatan (kegiatan dsb) utk mengepung (orang, binatang, dll, supaya tidak dapat melepaskan diri): segera diadakan ~ di seluruh kampung utk menangkap pencuri itu; pengepung orang yg mengepung.Kamus Dewan Edisi Keempat
bentar(béntar) Mn; berbentar berjalan berkeliling, berbegar, beredar; mengambil jalan ~ tidak mengikut jalan yg langsung (terus); membentari mengelilingi, mengedari: kuda itu lari ~ lapangan;memperbentarkan menyuruh berjalan (berlari) dlm lingkungan (kuda);perbentaran lingkungan tempat kuda berbentar (beredar).Kamus Dewan Edisi Keempat
pasaran1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berkepung(duduk dll) membentuk bulatan (lingkungan) atau mengelilingi sesuatu (duduk dll) dlm satu bulatan atau lingkungan: beramai-ramai duduk ~ di pantai sambil makan;Kamus Dewan Edisi Keempat
anjakan paradigmaperalihan atau perubahan drpd sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran ke keadaan atau lingkungan fikiran yg baru, biasanya yg lebih baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkorong; ~ kampung mempunyai ling­kungan kampung; adat ~ kampung adat istiadat dlm kawasan (lingkungan) kampung; pandai ~ kampung pandai menurut adat dlm lingkungan kampungnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mandala I1. kawasan atau lingkungan yg ter­masuk dlm bidang kuasa pihak berwajib (negara); 2. ruang lingkup sesuatu bidang ilmu, pengetahuan, dsb: sistem itu mengalami per-ubahan sikap yg mengurangkan ~ ketakpelbagaian; 3. sl bulatan, lingkungan, daerah.Kamus Dewan Edisi Keempat
medan/médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas