Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sempadan (garisan dll) yg mengelilingi sesuatu, bulatan, lingkaran; 2. semua yg terlingkung dlm suatu kawasan (kuasa dll): usianya belum berapa lanjut, barangkali dlm ~ empat puluhan; pantai timur semenanjung termasuk dlm ~ daerah pedalaman Singapura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkung
Kata Terbitan : melingkungi, terlingkung, lingkungan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bandwidth feedbackmaklum balas lingkunganSains SukanBiomekanikPenyampaian maklum balas prestasi lakuan berdasarkan lingkungan kriteria prestasi yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam sukan memanah, lingkungan kriteria prestasi yang ditetapkan adalah antara skor 30 hingga 40. Maklum balas akan diberikan kepada pemanah jika prestasi berada dalam lingkungan skor tersebut, tetapi sebaliknya jika prestasi pemanah tersasar daripada lingkungan ini, maklum balas tidak akan diberikan kepada pemanah tersebut.
locus of controllingkungan kawalanPengurusanPerancanganSuatu konsep dalam psikologi yang merujuk kecenderungan individu untuk mengaitkan setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka disebabkan oleh diri mereka sendiri (lingkungan kawalan dalaman) ataupun pengaruh faktor luaran (lingkungan kawalan luaran). Contohnya, individu yang mempunyai lingkungan kawalan dalaman yang tinggi akan menganggap kegagalan yang berlaku berpunca daripada sikapnya sendiri, manakala individu yang mempunyai lingkungan kawalan luaran yang tinggi akan menyalahkan pengaruh luaran seperti ibu bapa atau guru atas kegagalan mereka.
infiltrationpenyusupanHidrogeologiTiadaGerakan air melalui liang-liang kecil, dari satu lingkungan ruang ke lingkungan ruang yang lain. Umumnya gerakan ini merujuk kepada gerakan air dari permukaan tanah atau air permukaan ke dalam tanah iaitu ke bahagian zon tak tepu di bawah tanih ataua ke zon tepu. Ruj.: Horton 1933
within playing distancedalam lingkunganSukanTiadaJarak lingkungan yang membolehkan seseorang pemain bermain bola.
distributional analysisanalisis taburan; analisis penyebaran; analisis lingkunganLinguistikTiadaAnalisis penyebaran: Analisis linguistik yang menunjukkan penyebaran unsur fonologi, tatabahasa, atau leksikal dalam urutan yang lebih besar. [analisis lingkungan, analisis taburan]
terrestrial radiationsinaran bumiMeteorologiMeteorologi PerhubunganSinaran yang dipancarkan oleh bumi dan atmosfera dalam julat suhu kira-kira 200-300� K. Sinaran ini terbatas dalam lingkungan panjang gelombang 3-100m m dan mempunyai keamatan maksimum dalam lingkungan 10 m m. Oleh sebab bumi merupakan pemancar sempurna, sinaran dari permukaannya berubah hampir selaras mengikut hukum Stefan Boltzmann, iaitu berkadar terus dengan kuasa empat suhu mutlak permukaan.
enclosurelingkungan; kurungan; berbendungFizikTiadaTiada
enclosurelingkungan; kurungan; berbendungGeografiTiadaSebuah kawasan atau tempat yang dikepung dengan menggunakan pagar dan sebagainya.
teethridgelingkungan kaki gigiLinguistikTiadaTiada
enclosurelingkungan; kurungan; berbendung; penutupKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas