Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf, saya ingin bertanya adakah selepas perkataan "dibeli" perlu disertai dengan perkataan "oleh"? Ayat contoh: Mesin basuh itu dibeli oleh Yoke Ling atau Mesin basuh itu dibeli Yoke Ling. Yang mana satukah yang betul? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. Maka ayat yang betul ialah "Mesin basuh itu dibeli oleh Yoke Ling"Tatabahasa29.09.2020
Salam. Perlukah tanda bacaan koma (,) sebelum sendi kata "dan"? Cth: "Saya mempunyai banyak barangan elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, mesin basuh, dan sterika elektrik." (perhatian kpd koma (,) selepas mesin basuh sebelum dan). Terima kasih.Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah.  Contohnya tanda koma memisahkan unsur-unsur kata yang berurutan:  Bendera itu berjalur merah, putih, dan biru.  Tanda koma hendaklah digunakan sebelum "dan", "atau", dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh kedudukan tanda koma sebelum "dan" pada ayat yang tuan/puan beri itu adalah betul.Lain-lain25.01.2016
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah gramatis? 11Pakaian itu dicuci dengan tangan oleh ibu kerana mesin basuh rosak. 12Adik begitu gembira sekali apabila ayah membelikannya basikal. 13Ketua kampung berharap agar yang menjadi penghuni kampung ini. 14Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim 15Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa. 16Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 17Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga. 18Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. 19Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu. 20Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu. 21Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan dapat diselesaikan sahaja. 22Farah tidak lalu hendak makan di gerai yang kotor ituAyat-ayat di atas betul kecuali ayat-ayat yang dinyatakan di bawah:

13) Ayat ini tergantung. Siapakah yang diharap untuk menjadi penghuni kampung tersebut?
19) Ayat yang lebih tepat ialah "Usahlah risau akan masalah yang ringan itu".
21) Buang perkataan sahaja.
Tatabahasa13.05.2020
Saya ingin mengetahui penggunaan ayat yang betul pada pelekat mesin basuh yang ditemui di dobi. Saya mengetahui bahawa penggunaan ayat ini tidak berapa tepat tetapi saya mahu mengetahui ayat yang paling tepat daripada pihak DBP. Rujuk lampiran. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sila biarkan penutup mesin terbuka selepas digunakan atau Sila biarkan penutup terbuka selepas menggunakan mesin.Tatabahasa11.06.2021
Selamat sejahtera. Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya memahami dalam prasarana ada kemudahan dan dalam kemudahan ada infrastruktur. Saya berpendapat infrastruktur lebih spesifik. Adakah konsep saya betul? Maafkan saya, bolehkah pihak DBP memberikan contoh-contoh konkrit bagi prasarana, kemudahan dan infrastruktur kerana saya masih tidak dapat memahaminya dengan jelas. Saya juga ingin mendapat kepastian adakah Unit dan jabatan tergolong dalam prasarana? 2. Saya juga ingin bertanya tentang prepaid top up machine dan washing machine dalam bahasa Melayu?Saya melayari internet menyatakan washing machine dalam bahasa Melayu ialah mesin basuh tetapi saya tidak pasti ia betul atau tidak dan prepaid top up machine untuk telefon bimbit saya tidak dapat cari terjemahannya dalam bahasa Melayu. Terima kasih.1. Kemudahan asas merujuk kemudahan utama seperti jalan raya, bekalan elektrin, air dan sebagainya. Dan, Kamus Dewan memberi takrifan yang sama untuk infrastruktur dan prasarana, iaitu  kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, dan organisasi.
2. Padanan bagi washing machine dan prepaid top up machine ialah mesin basuh dan mesin tambah nilai prabayar.
Tatabahasa01.03.2014

Kembali ke atas