Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dll), sukar, sulit: sekiranya dia menanyakan suatu perkara yg ~ baginya, hendaklah kita jawab; 2. tidak puas hati, kecewa, kesal: Kamal berasa ~apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut surat Wan Mustafa; memusykilkan 1. menyebabkan jadi musy­kil, memayahkan, menyukarkan, menyulit­kan: dia menanya segala apa yg dimusykil-kannya, segala apa yg ada hubungannya dgn soal agama; 2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan: hanya yg di-musykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat belajar; kemusykilan 1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 susah difahami; sulit: Jika ada perkara yg ~, sila berjumpa dgn saya. 2 tidak puas hati; kecewa. memusykilkan 1 menyebabkan jadi musykil; menyulitkan; menyukarkan. 2 tidak memuaskan hati; mengecewakan. kemusykilan 1 sesuatu yg musykil; kesulitan; kesukaran: Ia telah menyelesaikan beberapa ~. 2 sesuatu yg tidak memuaskan; kekesalan; kekecewaan. 3 keadaan musykil; kesukaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musykil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan payah: sukar, susah, sulit, rumit,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan kesal: sesal, ralat, berat hati, tidak sedap hati, hampa, kecewa,
Berantonim dengan puas hati

Kata Terbitan : memusykilkan, kemusykilan,

Peribahasa

Rasa termengkelan di hati.

Bermaksud :

Merasa musykil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
مشكل الاحاديثmusykil ḤadīthAgama IslamHadithKitab-kitab yang dikumpulkan di dalamnya Ḥadīth yang memerlukan pertimbangan secara saksama khususnya Ḥadīth yang bertentangan.
الخنثى المشكلkhunsa musykilAgama IslamFiqhSeseorang yang mempunyai dua alat jantina yang diragui fungsi salah satu daripadanya.
الخنثى غير المشكلkhunsa tidak musykilAgama IslamFiqhSeseorang yang mempunyai dua alat jantina dan boleh dikenal pasti fungsinya secara jelas.

Kembali ke atas